Friday, 30 August 2013

Kerja Tangan Si Tukang Pencuci..


wahai pengguna tandas awam,
ketahuilah kalian bahawa maksud 'awam' itu ialah hak milik orang ramai.
orang ramai pula bermaksud, bukan kita seorang.

maka, pastikanlah keadaan tandas yang bersih pada peringkat mula2 tu (iaitu sebaik sahaja makcik2 cleaner membersihkan tandas tersebut), dapat dirasai semua orang. bukan anda je ye..

sekali lagi saya ulang, sebab, itu hak milik orang ramai2.

seandainya ada daripada kalangan kalian yang suka+selesa+cinta pada keadaan kurang bersih, maka ketahuilah pula.. keadaan yang sangat bersih itu JAUH lebih selesa.. serius tak tipu.

sungguh murni sekali pekerjaan makcik2 cleaner. mereka terpaksa berhadapan dengan keadaan yang orang tak suka. demi apa?

demi menyedarkan kita semua bahawa,
keselesaan tika bersih itu jauh lebih selesa berbanding yang satu lagi (err.. nak mention pun hati tidak kesampaian..)

pakat2 guna elok2 noh!

#
biasakan hidup dalam suasana bersih,
hal ini ada kaitannya dengan iman.

Tuesday, 27 August 2013

Insan TERPILIH.


kadang bila time nak minta maaf, makhluk yang bersalah tu suka guna ayat "sori la, hmm.. sedangkan Nabi ampunkan ummat." kemudian, yang si mangsa tu pulak suka kata, "aku bukan Nabi!".

Chopp!

ya, memang kita bukan Nabi.
tapi kita perlu ikut mereka! kerana

Monday, 26 August 2013

Jangan nak salahkan Mark je selalu!


Mark ni merupakan seorang yang sangat bijak. macam koranglah. cuma bezanya Mark ni dengan sesetengah daripada kita (include saya la), Mark ni kenal potensi diri dia, dan dia menggunakan potensi yang dia ada tu untuk dia pergi lebih jauh..

maka bermulalah.. hasil kerja yang stylo..

Saturday, 24 August 2013

PERLUnya mengerti pengertian PERLU.


pergi mengail, harapnya dapat ikan besar. alah, kecik pun tak apa lah kot. tengok2 tak dapat apa. adus! tak apa, tepuk bahu.. "tak apa, cari lagi weh, cari lagi."
-lokasi :- Sungai Sudu, Kampung garfu

ok.. baiklah! maka berjalan lagi. matahari betul2 atas kepala.
ke kampung sebelah ceritanya..

nampak ada 'brother' jual aiskrim. peh, tepat pada masa. baru nak pegi, beliau start enjin motor. "bang, nak askrim!". ditoleh beliau, "maaf dik, habis dah.".. pulak, hmm..
-lokasi:- deretan kedai, Kampung Selipar.

pulang kesedihan, nak itu tak dapat. nak ni tak dapat..

Friday, 23 August 2013

Jauh saya jalan..

beribu batu berjalan,
moga semakin mengenali Tuhan.

saya gembira sangat sebab ada kisah hidup yang macam mana saya lalui.

saya dapat tengok macam2 jenis masyarakat. lahir kat selangor, duduk kejap kat johor, selangor balik, belajar kat perak, sekarang penang..

kat johor, saya puji kejiranannya.
atuk jiran sebelah, namanya Tok Bidin, uih.. dah macam atuk saya dah. time kecik2 masa banjir, dia dukung saya. sekarang ni dia duduk je kat kerusi luar rumah dia.. saya harap

Sunday, 18 August 2013

Sampul Duit RAYA~


bila saya tulis 'sampul duit raya', perkataan mana yang akan mula2 sekali terlintas pada fikiran korang?

sekarang ni macam2 design,
tapi orang tetap pandang isinya.
sampul? duit? raya?

ada yang nampak raya, sebab duk fikir nak jumpa saudara-mara. mintak maaf kat orang. ada yang nampak duit.. yang bekerja tu duk fikir belanja persiapan raya, yang tak bekerja lagi tu duk fikir nak kumpul duit raya.

apa kata sekarang ni kita alihkan pulak perhatian kita pada 'sampul'.

ok.. biasanya bila dapat duit raya mesti dalam sampul kan? kalau ada yang tanpa sampul pun tak banyak. tapi, apa yang ada disebalik pemberian duit raya dalam keadaan bersampul ni?

Tuesday, 13 August 2013

Tingkap Disingkap~

renung kembali cara kita,
benarkah kita meneladani Baginda?
di sini kau ada
juga di sana
bila kan kau mengeluh kepenatan?
fitnah.. cukup2lah.

apa ini kerna salahku?
mereka lari meninggalkan cahaya?
sedang aku petah berkata,
aku benar
aku benar.

kerna..

Thursday, 8 August 2013

Gema TAKBIR di pagi Raya ^_^


tengok poket kelihatan kosong,
oh.. lupakan sebentar perihal duit raya,
renungkan amalmu, Allah..

Taqabbalallhu minna wa minkum.
moga Allah terima amalan kita semua.. InsyaAllah!

riang ria kita beraya,
bahaya tak kira raya tak raya.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!
sekali lagi, lupakan sebentar, sampul rayamu! kuih rayamu!

Friday, 2 August 2013

the AMAZING Baju Melayu!


oh.. bukan sekadar warisan.
bila menjelang time raya biasanya muslim di malaysia akan tercari2 baju melayu. untuk dipakai pergi bersolat hari raya. kan?

nama saja baju melayu,
si pemakai tidak kira siapa.

tapi tu la..

baju melayu ni, yang uniknya, ia ada 3 poket di bajunya, dan diseluarnya.. err.. depend jugak la. ada yang ada poket, ada yang tak ada. biasanya yang tak ada ni budak2 je.

ha, berbekalkan baju melayu untuk pergi beraya, sebenarnya saya rasa

Thursday, 1 August 2013

Kita Boleh TERBANG~~


berapa ramai orang yang ada kat bawah lupa untuk mendongak.
tengok.. perhati..
yang sebenarnya, mereka boleh pergi jauh lebih tinggi.

berapa ramai orang yang ada kat atas lupa untuk tunduk.
renung.. fikirkan..
yang sebenarnya itu pemberian Yang Maha Tinggi.

percayalah,

yang setiap seorang daripada kita ni punya 'sayap'. kita boleh 'terbang' jauh lagi tinggi melebihi atap si penimang tinggi2. ya.. mungkin hari ini 'sayap' kita tak selebar dahulu. hanya menyelimut tubuh menjadi teman kesedihan. argh..!!! itu dulu.

Monday, 29 July 2013

Kenangan Alam SEKOLAH..


kalau tanya orang yang dah kerja, diorang akan cakap waktu sekolah paling seronok. kalau tanya orang yang masih bersekolah, diorang akan cakap, waktu sekolah yang paling seronok.
konklusi, waktu sekolah memang seronok!

ada tawa, ada duka, ada gembira ada air mata.. itu biasa.
tapi itulah, sama ada seseorang tu belajar ke tak masa kat sekolah, sebenarnya tanpa dia sedar.. dia sedang belajar sesuatu di sekolah.

Saturday, 27 July 2013

satu dunia tengok!


kita kat sini nak satu dunia tengok kita. diorang, satu dunia tengah tengok diorang, tapi bukan satu dunia buat apa2pun. hmm.. tak perlulah nak satu dunia tengok kita, sebab apalah sangat yang satu dunia boleh buat.. hmm

kita kat sini, sahur tak kena serang, tenang je siap boleh tidur lagi. nak berbuka tak kena serang, siap boleh tambah nasi lagi. Alhamdulillah..
diorang?nak sahur kena serang.

kita..

Friday, 26 July 2013

motorsikal juga bertongkat.

lama atau baru,
motor mana tak bertongkat.

ada tak motorsikal kat dalam dunia ni yang tak bertongkat? hmm.. setakat yang saya tahu la kan.. tak ada. tapi tak mustahil jugak kalau ada. tongkat patah.. kan?

ha, tak kisah lah superbike ke.. motor kapcai ke.. ada tongkat belaka. gagah mana pun motor tu, mahal mana pun motor tu, tak boleh berdiri punya dia kalau tak ada tongkat.

hebat si kecil ni..

tapi tulah,

Thursday, 25 July 2013

Burung Kakak Tua~


masa saya kecik2 dulu, masa zaman kawan2 berbangga dengan beg sekolah yang pakai roda, pensel box dua muka (if you know what i mean), oh.. waktu inilah saya didendangkan dengan lagu yang sangat menyeronokkan, mengalahkan lagu2 yang masuk juara lagu.

burung kakak tua,
hinggap di jendela,
nenek sudah tua,
giginya tinggal dua..

aduhai.. menyingkap nostalgia~

Wednesday, 24 July 2013

Kesilapan Dalam Teguran..


"ha ni la dia.. budak2 zaman sekarang nih. orang tegur yang ni tak boleh, dia tarik muka. orang macam ni memang tak faham bahasa. kepala lutut tu kena tutup. tak tutup kalau, salah. dah tu.. takkan nak orang kata betul kot. haish.. ha ni la dia.."
-berkata seorang ustaz-

"uih, ustaz ni.. cakap elok2 tak boleh ke. kau tu ustaz, nak tegur orang kalau, tegur la elok2. ikut cara Nabi. ni tegur pun.. macam la diorang tu bagus sangat. ini semua poyo! kalau dia tegur elok2, boleh je aku berubah"
-komen seorang jejaka-

adoilah..

Tuesday, 23 July 2013

Nak Pegang Al-Quran.


dia sedang kemas rumah.
abang dia pun kemas rumah jugak..
hmm.. baru selesai fasa pertama bulan puasa, dah ada orang yang nak kemas rumah untuk raya. yup.. untuk raya. maka, bisinglah rumah tersebut dengan suara2 orang, bunyi2 perabot2 dialihkan..

oh.. angin sepoi2 bahasa~ (ni tak payah tulis pun tak apa, saja gedik.)

a: weh tolong aku angkat almari ni kejap.
b: ha, ok2.. eh, kejap.. ada Quran la. aku tak ada wudhuk ni.
a: ala, ha, tu ada kain tu.. ko amek la buat lapik tangan ko tu.
b: huh? ko biar betul..
a: betul la.. ko jangan sentuh direct Quran tu. lapik la..
B: kain ni kotor kot.. ko ada sarung tangan tak?

CHOPP!
kalau anda dah baca sampai sini,

Friday, 19 July 2013

Dulu Kias Kini Sarcasm~


apekebende ni? hmm..
kita selalu dengar term sarcasm ni. tambah2 bila dah zaman handphone sudah tak ber'keypad'. if you know what i mean~ hoh!

kalau nak diikutkan, benda ni ada kaitan dengar masyarakat dahulu kala.. hmm, yeke? rasanya la..

bukan apa, sebab.. orang dulu2 cukup suka guna bahasa kiasan. serius! kalau air manis, diorang tak cakap direct, "uih, kamu buat air ni manislah..". diorang mungkin akan sedikit berkias. contoh, "lori guna tumpah ker joyah(bukan nama sebenar) hoi~"
(saya pernah dengar orang cakap lebih kurang macam ni)..

ada macam2 sebab kenapa kiasan sebegini digunakan. antaranya adalah untuk menegur. inilah cara masyarakat dulu menegur, menasihati, dan ada jugak yang memerli.. erk! tapi, apa yang saya nak tekankan adalah, menegur untuk mendidik..


tapi percaya atau tidak, adakalanya dengan menggunakan bahasa yang berkias inilah, apa yang nak ditegur tu, sampai.. lebih terkesan pada hati.
pedas!

tapi.. berbeza dengan masyarakat sekarang. kalau ditegur secara berkias, diingatnya bergurau, diingatnya main2. lalu, didikan itu tak tersampai..
lalu, bagaimana?

haa, dan.. zaman sekarang sering kita dengar perkataan 'sarcasm'.
agak2nya antara sarcasm & kiasan ni sekadar beza term dia je ke atau memang maksud dia pun lain? sarcasm ni juga tegurankah? dan.. kesannya pada masyarakati? hmm..
apa beza sarcasm & kiasan ni sebenarnya?
haish..

#
tidak perlu dicari apa bezanya,
tapi, yang ditegur itu apa sebabnya.

Wednesday, 17 July 2013

Buletin Sekali Semua..


Belakangan ni kecoh macam2 berita.
jadinya, ni serba sikit berita yang agak kecoh untuk kalian si pembaca..

banyaknya berita tentang manusia,
ada benar ada dusta.
luar negara:
dengan cerita tampuk pemerintahan mesir, presiden turki tuntut mursi dibebaskan. sokongan terhadap mursi selaku presiden yang masih sah ini dilihat masih lagi jitu, baik daripada rakyatnya mahupun luar negara. tambahan pula, keadaan keselamatan 'tetamu' mesir yang datang dari syria kini juga amat merisaukan ramai pihak. mereka kini terpaksa berdepan dengan perangai insan2 rakus merebut kuasa. huh!

dalam negara:
isu hina agama dengan perbuatan makan ba alif ba ya. isu yang kecoh dan menaikkan darah ramai pihak sehingga mungkin 'terlupa' isu kekejaman di mesir, syria, turki, palestin dan lain2 yang jauh lagi membimbangkan. dan lagi, isu anai2 makan beberapa juzu' Al-Quran.. dikatakan mampu menyembuhkan beberapa penyakit. hmm..

masyarakat usm:
isu logo PPSL (Pembantu Program Siswa Lestari) yang dipersoalkan oleh sesetengah pihak kerana dilihat logo itu mempunyai unsur politik. lalu isu ini diperjelaskan. jawapan memuaskan atau tidak, yang bertanya lebih tahu. yang tertanya2, selamat meneliti diucapkan.

dalam bilik sementara LI (latihan industri):
mi segera kian berkurangan dengan. baik diri sendiri mahupun roomate. maka, perkongsian berlaku. cukup atau tidak makanan sahur nanti? bagaimana sahur esok? da hari2 mendatang2? persoalan itu masih menjadi tanda tanya~~

sahabat2:
takziah kepada saudara hafiz tahir dan keluarga atas pemergian si ayah yang telahpun kembali menemui Tuhannya. cekalkan hati, sesungguhnya ini perancangan DIA, Yang Maha Tahu apa yang terbaik untuk makhlukNYA. semoga arwah diletakkan bersama insan2 yang beriman & beramal soleh. Al-Fatihah~

hmm.. macam2 berita.
apapun, jangan lupa sekarang ni kita berada dalam bulan yang penuh berkat, yang dahsyat2 ganjaran2nya. nak ke tak nak je ganjaran2 ni..
teruskan update pasal berita dalam dan luar negara. carilah kebenaran dalam setiap apa yang disampaikan. upgrade iman.. polish akhlak.
selamat berpuasa~

#
bijaklah dalam meneliti & menilai isu,
wahyu dan sunnah rujukan utama.

Thursday, 11 July 2013

Yang Busuk Kena Ikat!


dah sehari dah makhluk busuk yang bertanduk lagi hodoh tu kena ikat. fuh~
err.. fuh?

eh, jangan fuh lagi!
kena hati2. yang bertanduk tu memang la masuk lokap, tapi ada lagi satu makhluk ni ha yang still buat kacau.. nafsu. ha, yang ni tak kena gari. dia ni yang akan menggoda kita untuk kurangkan pahala kita di bulan mulia ni.
AWAS!

hmm.. ha, nak cerita ni,
tadi imran berkesempatan solat tarawih di masjid.. Alhamdulillah.
ha, kat dalam masjid tu kan, ada apa benda entah orang panggil. ala.. yang ada tulisan gerak2 tu.. kalau ke KL sentral tu kadang ada dia tulis selamat datang ke kl sentral. haa.. benda tu la ada kat masjid tadi.

hoh.. bukan nak buat 'perak' tak pernah tengok benda tu. tapi, dalam duk perhati je benda tu, ada la 'selamat datang ke masjid al-malik khalid universiti sains malaysia'.. duk ulang2. then, muncul pulak hadis Nabi SAW,

'sebaik2 sedekah ialah di dalam bulan ramadhan.'
- Hadis Riwayat At-Tirmidzi -

ha, rasanya tak payah nak celoteh panjang, tetamu2 ramadhan ni genius2 belaka. mesti dah tahu nak cakap pasal apa kan.. YUP! sedekah.. banyak atau sikit belakang cerita, yang penting tulus dari hati. tapi banyak lebih baik.

haa.. jangan ingat orang yang derma seringgit tu tak ikhlas. barangkali dia orang susah & masa tu dia cuma ada 2ringgit je, maka dia dah belanjakan separuh daripada harta dia! dan, jangan pulak ingat orang yang derma rm5 tu ikhlas, barang kali dia ada rm100 masa tu, tak sampai suku pun daripada apa yang dia ada. kan?

abaikan nasihat 'si hodoh', sedekahlah banyak2.
Nabi SAW, bila tiba bulan ramadhan ni, Nabi lagi banyak3 bersedekah..
contohi Baginda yuk!

#
sedekahkan setakat mampu,
ikhlas tu bukan pada nilai ringgitnya.

Monday, 8 July 2013

Sudah di Hadapan Pintu


sekarang ni, ramai yang dah mula serbu stor di rumah masing2. cari payung besar, cari periuk2 besar, polish senduk2, service van dan macam2 lagilah.. sebagai persediaan bazaar ramadhan.. bulan puasa sudah sangatlah dekat. malam ni tengok anak bulan.. hmm

itu saja ke?

oh.. sebenarnya itu cuma sampingan je. ada perkara yang jauh lebih penting. sebenarnya.. ramadhan ni waktu untuk berpesta!!

kesempatan dah ada,
rebutlah selagi terdaya!

chopp, jangan salah faham,
bukan pesta yang 'huhahuha' tu.. tapi,
pesta ibadah.

 inilah masanya untuk kita jadikan sebagai stepping stone, batu loncatan, titik tolak ke arah menjadi seorang hamba yang rajin beribadah kepada TUANNYA. bukannya hamba ramadhan..

sebab tu kita diajar untuk merebut peluang keemasan ni. bukan solat secara berebut, tapi, rebut ganjaran2 yang Allah janjikan sepanjang bulan yang penuh berkat ni.. haa.. ramadhan setahun sekali je weh.. ingat raya je ke setahun sekali?

ha, sekarang ni, kita dah kat depan pintu ramadhan dah pun.. tunggu nak pulas tombol, masuk je.

tapi.. disamping kita dengan kerinduan kita terhadap ramadhan, jangan lupa saudara yang lain. di mesir, masih bergolak.. di syria, masih berdarah, dan di lain2 tempat lagi. palestin.. turki. doakan mereka, teruskan cakna tentang mereka.

Sabda Rasulullah SAW,
"Tiga doa yang sangat mustajab iaitu; doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi, dan doa orang yang musafir."
- H.R Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi -

#
pintu ramadhan depan mata,
bersedialah dengan ganjaran yang tidak terhingga.

Thursday, 4 July 2013

Perancangan Manusia TAK Ke Mana.


sejak pagi tadi, lebat.. bumi minden kebasahan.
selama ni sering kali panas, dan belakangan ni, rahmat Allah melimpahi tanah pengajianku. kembali sejuk.

dunia..

setiap titisan air hujan tu sepatutnya menyedarkan kita pada tangisan umat Islam seluruh dunia. syria dengan pemerintah yang lupa dirinya hamba, turki dengan pergolakannya, dan yang terkini mesir dengan penggulingan presidennya. Allah.. umat Islam menangis. musuh Islam ketawa..

kesejukan di pagi hari, 
sepatutnya mengingatkan kita tentang risaunya umat islam seluruh dunia, dengan keadaan agama Islam sekarang. 

Dr. Mursi, digulingkan tiba2. stesen televisyen disekat. pemimpin2 utama ditahan. pembunuhan berlaku.. perjuangan menegakkan Islam tu memang susah, barangkali ini ujian untuk memperlihatkan kepada semua yang mana hanya berjuang tika di ambang kemenangan.

sungguh, ini bukan 'signal' untuk menjatuhkan moral pejuang agama-Nya, tapi sebagai pengukuhan dalaman dalam berdepan dengan ancaman. percayalah, Allah sedang merancang sesuatu, disebalik perancangan musuh2 Islam. PERCAYALAH!

Kami bersamamu, Dr Mursi!

bait kata pendamping susah senang Dr Mursi,
"Demi Allah wahai DR Morsi, Nescaya Allah tidak akan membiarkan kamu terus bersedih dan meninggalkan kamu tanpa pertolongan drpNya disebabkan keadaan wajahmu yang bersinar dan hatimu yang bersih..
Maralah wahai Sang Presiden, demi Allah jika Dia menggoncangkan sungai Nil dan Laut.. nescaya digoncangkan mereka bersamamu"

doakan yang terbaik untuk umat Islam seluruh dunia,
yakinlah dengan janji-Nya, Islam itu PASTI TERTEGAK!

Wallahua'lam.

#
mereka ingin memusnahkan Islam,
sesungguhnya Allah yang memelihara agama-Nya.

Tuesday, 2 July 2013

Bukan Budak HINGUSAN


seorang budak yang selsema, tidak sama dengan budak hingusan. budak hingusan pulak, sering kali dikaitkan dengan budak kecik, yang tak tahu apa2. hmm..

kita selalu kata yang kita tahu tu tahu ni. sebenarnya banyak lagi kita tak tahu. pernah jumpa satu ayat ni dalam satu majalah, "rasa tidak cukup ilmu itu adalah rasa orang berilmu."

err.. saya ni budak hingusan ke?
tapi sebagai belia, pada usia kita ni, kita tak boleh dah nak keluarkan ayat, "aku tak tahu".. sebab usia yang kurang lebih dua dekad ini, sepatutnya banyak yang boleh kita ambil sebagai satu pembelajaran untuk kita.

namun,
kita perlu jelas dengan konsep ilmu ni.

pada saya, ilmu ni,
"tahunya kita pada sesuatu tu, membuatkan tak tahunya kita pada sesuatu yang lain."

kita jangan selalu sangat cakap yang kita tak tahu, sebab kadang2 tu, kita tahu, cuma mungkin tak banyak.. sebab kita rasa tak banyak, kita kata kita tak tahu. uih.. jangan macam ni.

yang kita tahu, kita sampaikan, sama ada banyak ataupun sedikit. sebabnya, mana tahu, dalam sesikit2 ilmu yang kita kongsikan tu, itulah ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain, itulah ilmu yang nak tolong kita di sana nanti.

cuma, bila ada ilmu pulak, jangan nak bongkak. sebab semakin banyak kita belajar, maka bertambahlah ilmu baru. maka, bertambahlah jugak benda baru yang kita tak tahu.. kan?

jadi, kalau rasa ilmu kurang, cari.. dan kalau rasa ilmu banyak, kita kena ingat, banyak lagi yang kita tak tahu. jangan malas, jangan rasa terlalu rendah diri, jangan kedekut ilmu, jangan bongkak. teruskan mencari ilmu.. share~

#
belia bukan budak hingusan,
belajar bukan hanya untuk budak hingusan.

Wednesday, 26 June 2013

ALASAN Bukan Perkara Temeh.


masa kecik2, budak2 pandai berlakon. buat2 pening tak nak pergi sekolah, tapi kita boleh agak. buat2 tidur bila nak makan ubat, tapi nampak sangat tipunya. bila suruh buat kerja sekolah kata penat la, tapi boleh je main lari2..
hentikan mencari dan memberi alasan,
ia menyampahkan.

hmm.. budak2. alasan nak lari.
macam biasa orang cakap, ala.. budak2~

masa kecik2 tu lain cerita la. sebagai budak2, masa tu mana la nak tau pasal jaga hati orang ke, pasal tanggungjawab ke.. sebab mereka budak2. memang fikir nak main je. jadi bila orang suruh buat kerja sikit, mula la bagi alasan..

tapi.. kita ni ha, yang bila dah besar panjang. yang suka cakap, saya dah besar la. ala, saya tau ni. uih.. selalu je rasa diri ni dah besar. ilmu penuh di dada. tapi, dah cukup besar ke kita kalau kita masih lagi dengan sikap 'suka mencari alasan'..? hmm..

bukan apa..
sebenarnya, sikap suka bagi alasan ni la yang membuatkan seseorang tu 'terpupuk' dengan kemalasan. bila berdepan dengan satu2 tanggungjawab contohnya, mula bagi alasan. jangan disamakan dengan budak2. mereka belum kenal erti tanggunjawab. tapi kita?

ni sebenarnya peringatan untuk diri sendiri.
tapi tu la.. kita selalu lupa, yang bila kita dah besar ni, tanggungjawab semakin banyak. rasanya tak perlu bagi tahu apa, sebab kita semua kan dah besar~

hmm.. penutup kata sebagai renungan bersama, kita ni selalu lupa pada tanggungjawab kita. tanggungjawab ni bukan benda main.. rajin2kanlah diri untuk selalu muhasabah ya.

yang paling penting, jangan pernah sekalipun kita lupa, yang sebagai hamba, kita ada tanggungjawab yang sangat besar. jangan risau.. kalau 'tugas'nya besar, besar jugalah ganjarannya.. Allah tu Maha Adil..

"reason has always existed, but not always in a reasonable form"
- karl marx -

#
alasan memupuk sikap malas,
malas melupakan kita pada tanggungjawab.

Berehatlah Duhai PENA~


Alhamdulillah..
petang tadi pun berlalu..
maka, tibalah masanya mata penaku melelapkan matanya. penat.
setelah berhari2 turut sama bertandang ke 'rumah orang', berkenalan dengan para rujukan, baik coretan mahupun berdepan. rehatlah penaku..

aku tahu kau kepenatan,
pergilah berehat..
Alhamdulillah..
dengan izin-Nya, exam final sem4 saya tamat.
sudah menjadi 'penyakit' warga fb, untuk mengkhabarkan yang diorang dah habis exam. gedebush! terkena batang hidung sendiri.. nah kau!

bukan nak cerita pasal 'penyakit' post-mengepost ni, tapi nak cerita pasal penyakit yang kebiasaannya dihidap oleh orang yang dah habis exam. Naudzubillah. uih.. mintak jauh.

penyakit "semakin hari semakin lupa.."

oh.. tudia.. masa nak exam, doa pagi petang siang malam. bangun pagi, bangun malam. dan macam2 lagilah. style dah tu.. terbaik dah. cuma..
apa yang berlaku selepas tu yang kadang tu macam tak berapa nak kena.

hmm..
time exam, rajin je kita ni. masa awal2 habis exam pun still lagi ada rajin. cuma bila dah lama sikit, haa.. penyakit tu mai dah. contohnya, macam rasa berat je nak buat ibadah, rasa berat je nak puasa sunat. ini contoh.. tapi, kita jangan macam ni ye! dengar tu afif!

ramadhan dah on the way!

#
lelapnya pena buat seketika,
bukan beerti 'rehat' dalam ibadah.

Monday, 24 June 2013

Pandang JEREBU Macam AEDES!


Alhamdulillah, usai paper minor tadi. urusan kita menyudahkannya dengan sehabis baik, keputusan nanti? itu.. urusan Allah.

masa tengah duk tulis panjang2, adeh, selamber burger je, orang bangkit daripada kerusi, melangkah gagah keluar dewan, sebelum tamatnya tempoh menjawab. psycho!

tapi tak apa, apa2 pun, keupayaan setiap orang tu berbeza. yang penting semuanya cuba dengan sehabis baik. tahniah kepada yang tidak meniru!

hmm..
keluar2 dewan. Allah.. kabur sudah tempat pengajianku ini.
dari selatan tanah air, lalu bertegur pula dengan ibu kota negara, kini singgah sebentar di bumi penang. ujian menjelang dua lagi paper..

ada yang risau, takut2 kecantikan kulit muka terjejas (ekeleh~), ada yang bimbang kesihatan paru2, ada yang mengamalkan gaya hidup 'adaku kisah', ada yang tak tahu pun.. gara2 tumpu sangat dengan studi (yeke?).. macam2

jangan pandang ku sebelah mata,
kesian mata yang kedua tu.
apapun, ingatlah..
oleh sebab orang memandang remeh pada aedes, denggi datang sebagai peringatan. maka, jerebu yang datang ni jangan pula dianggap temeh!
mungkinkah teguran untuk pelaku maksiat..? Astaghfirullah..

dan, mungkin jugak sebagai dugaan buat orang2 yang berpuasa.. ^_^.

hmm..
dalam duk kata musibah sana sini, bencana mai dah.. dan lain2 lagi yang bunyinya lebih kurang sama. kita jangan lupa, pada nikmat Allah.


mungkin hari ini Allah bagi kita jerebu, esok Allah akan turunkan hujan yang nyaman.. yang menyerikan tumbuh2an..
Wallahua'lam.. tak rugi bersangka baik dengan-Nya..

"Sekiranya kamu hitung nikmat Allah swt, kamu tidak akan dapat menghitungnya"
- Surah Ibrahim: 34 -

#
denggi tidak datang tiba2,
jika tidak kerana aedes yang diremehkan.

Buku Baru & Muka Buku


anda bakal berdepan dengan banyaknya tanda seru'!', bila anda baca status ini.. harap maklum.

oh.. krok krek krok krek, menaip di laptop, update status..
"esok nisfu sya'ban, jom puasa",
"hati2 dengan hadis palsu sahabat2",
"jerebu dah naik ke utara"

jom ucap, Maha Suci Allah.. Subhanallah!
buletin terkini hanya boleh didapati di alam maya! hoh..!! tapi kena selidik dulu ya. jangan nak meh pakai taram je. @_@

Alhamdulillah.. di dalam kesibukan meng'update' macam2 di laman maya ni, baik status di fb mahupun berkarya di blog, ramai yang saling mengingatkan tentang 15 sya'ban. yup! Nisfu Sya'ban..!

buku baru perlukan penulisan yang baru.
jangan berada di takuk lama

ramai yang ajak puasa, ramai yang ajak jadi insan yang JAUH LEBIH BAIK, ada yang sampai 'cramp' jari taip, nak ingatkan yang inilah masanya kita nak mulakan coretan2 baik pada diari yang baru.. dan macam2 lagi.

terbaiklah kome semua!
('kome' is in bahasa Perak, ertinya kamu..)

maka, ha.. apa tunggu lagi. jom jadi hamba Allah yang tak lupa, diri kita ni hamba. hmm.. maut tu tak ikut senarai meja exam. anytime, anywhere, ANYONE!

selamat menjadi yang lebih baik ya semua!
InsyaAllah.. sama kita mewujudkan suasana yang Islam yang sememangnya harmoni dan menyeronokkan! YEAH!!

#
dah ada buku baru,
jangan isi macam yang lama..

Friday, 21 June 2013

See more di FB


saya kalau post kat FB biasanya mesti panjang2.
kawan saya cakap kat saya, "kalau aku nampak status hang, first sekali yang aku tekan see more..".
haha.. adeh!

hmm.. dari sudut positifnya, kalau tekan 'see more' tu maksudnya, status yang panjang2 ni mampu memupuk semangat suka membaca dalam kalangan facebookers. daripada sudut negatifnya pulak.. mungkin saya ni perlu belajar bagaimana nak meringkaskan sesuatu perkara, agar ringkas tapi padat..

hmm.. jadi macam mana ni?
ada pro & cons.. kalau tanya saya, ikutlah..

jangan bagi muka dengan muka buku,
manfaatkan dengan sebaiknya.
ada yang suka taip panjang2 sampai usahkan see more, sampai continue reading kau.. haa~ ada yang suka taip pendek2 je tapi ringkas. pada saya, terletak pada diri orang tu sendiri. asalkan, perkara yang dipost tu biar la bermanfaat. dan dapat sama2 memuhasabah..

kalau panjang2 tapi, cerita pasal gosip, pasal dia tu, dia ni, mengumpat sana sini, makan daging orang orang tu, makan daging orang nih.. HABIS.
tak pun pendek je, tapi macam.. "oh.. laparnya". err.. yang ni tak tahu nak cakap apa. @_@

bukan apa, sebab apa yang saya nampak sekarang, FB ni dah jadi macam diari yang di'majalah'kan untuk tatapan umum. bahkan mungkin 'up' lagi kot daripada diari, sebab rasanya, kat diari pun orang tak tulis, "oh laparnya","wink2".. dan lain2.

ya, itu akaun anda, hak anda. tapi, kalau kita taip pasal benda2 baik, orang tau dan dia amalkan, oh.. senangnya dapat pahala kan?
jadi.. jom taip benda bermanfaat di FB, biarpun panjang ataupun pendek.. ^_^

#
biarlah ringkas mahupun berjela,
asalkan dapat tambah pahala.

Thursday, 20 June 2013

Kawan Baik 'AJAR' Kita


menjadi seorang arkitek membuatkan kita berkawan rapat dengan pensel. satu hari nanti, tersilap langkah, patah pensel, maka buruklah lukisan bangunannya. cikgu pulak, disamping anak murid sebagai penemannya, mereka juga berkawan rapat dengan kapur, salah tulis kot mana ke, patah. maka, kenalah ambil kapur yang baru.

bukan diorang je..

kita pun ada kawan baik kita sendiri..
kalau pelajar universiti tu, mungkin kawan baiknya handphone yang bakal kehabisan kreditnya, mungkin pen yang akan kehabisan dakwatnya, mungkin buku yang akan penuh catatannya. masing2 dengan kawan baik masing2..

sebenarnya, sejarah pensel tu mungkin mengajar para arkitek. kapur itu pula, reminder para cikgu, handphone yang selalu kat tangan tu bukan sekadar menjadi teman tanpa sebab.

mereka tak sebesar mana, tapi ada pengaruh besar dalam diri kita.
jadi kalau kita dapat belajar sesuatu daripada mereka, pasti perkara tu dapat 'mempengaruhi' perjalanan hidup kita.

mereka ingin memberitahu kita bahawa.. hari demi hari, kita bekerja. dalam kesibukan kita bekerja tu, apa2 boleh jadi. APA2 BOLEH JADI.
kita rasa kita ok je, kita sihat je.. tapi, apa2 boleh jadi.

pensel selama ni ok je boleh patah, macam tu jugak kapur. handphone, selama ni duk 'bergayut' sekian lama, habis jugak kredit nanti. dan macam2 lagi.

apa2 boleh jadi, bila2 boleh jadi 'apa2' tu..
bila dah jadi tu, apa pun tak boleh.
melainkan sedekah, ilmu bermanfaat, doa anak soleh/solehah.
muhasabah bukan hanya apabila rambut menjadi putih.
Astaghfirullah.

"Ya Allah kurniakanlah kepada kami pengakhiran hidup yang baik, dan janganlah pula yang sebaliknya."

#
kawan baik kita di mana2,
bila2 boleh jadi 'apa2'.

Wednesday, 19 June 2013

Mereka Tidak Pulang Seorang


"sampai berjumpa lagi"..
dekat FB ramai je yang post kata2 sedih. hari last di usm la, bakal menempuh dunia baru la, hmm.. sebagaimana tingkap yang tidak bertutup, saya turut terasa tempiasnya.

pelajar final year, ramai yang post gambar2 dengan kawan2 baik diorang, gambar2 ala perpisahan. kita yang tinggal baru dua tahun ni pun dah rasa sayang kat usm ni, inikan pulak yang lebih dari tu. mesti dah bertimbun3 kenangan yang diorang berdepan.

ada manis, ada pahit..
oh.. menggamit memori~

lalu, nak buat apa? ucaplah Alhamdulillah..
setiap pertemuan dan perpisahan itu sebenarnya nikmat bagi kita.
hmm.. sebab setiap apa yang Allah jadikan tu, pasti ada hikmah yang sangatlah bernilai. kerana DIA Maha Bijaksana.

kepada pelajar tahun akhir,
kamu tidak pulang seorang, tetapi.. kepulangan kamu tu, turut kamu bawa bersama, kenangan2 manis mahupun pahit, pengalaman2 indah mahupun perit. maka, walau kemanapun kamu semua pergi selepas ni, teruskanlah menjadi hamba-Nya yang istiqamah menyebarkan agama-Nya. jadilah manusia yang berguna..

"Ya Allah, KAU peliharalah mereka yang sudah menghabiskan pembelajaran mereka di usm ni daripada fitnah dunia yang dahsyat. Ya Rabbal Alamin.."

#
kamu tidak keseorangan,
kenangan dan pengalaman menjadi teman.

Monday, 17 June 2013

Hujan MengGAGALkan Rancangan~


fuh.. bersemangat basuh baju. berhenti je washing machine, bawak keluar baju letak dalam baldi, berjalan gagah menuju ampaian, dilihatnya awan, cerah.. dikibasnya baju, dijemur dan disepit, baldi pun kosong.. fuh~
tangan tepuk bahu, "tahniah diriku, selesai satu kerja"..

5 minit kemudian,
rupanya gerimis.. rupanya gerimis mengundang.. aah3~
dalam tak sedar ku kebasahan.

sesungguhnya DIA tahu,
yang mana sepatutnya menimpa kita

"@#%#&%", "apakah?", "adoh.. hujan pulak."
chopp.. jangan disalahkan hujan yang turun, sebab itu adalah satu ketetapan yang telah ditetapkan.

mungkin bagi kita alamak baru je sidai baju, tengok2 hujan pulak. tapi sesungguhNya Allah lebih tahu mengapa turunnya hujan tu. kita sedih, muka monyok, melihatkan baju kebasahan di ampaian, tapi mungkin orang lain gembira?

mungkin orang lain, kerja banyak kat opis, balik jalan sesak, sampai rumah pulak panas. duduk je, hujan.. oh.. gembiranya rasa. sejuk, nyaman, melupakan kejap masalah di tempat kerja. Alhamdulillah..

kita pulak, mungkin sebab baju kita basahlah kita tak jadi pergi makan angin. masih kesedihan.. bukak tv tengok berita, tempat yang kita nak pergi makan angin tu, ada bencana berlaku, angin kencang, pokok jatuh timpa sebuah kereta. ada yang cedera teruk.

Allah.. nasib baik hujan, kalau tak mesti dah pergi.
Alhamdulillah.. Allah masih beri aku peluang untuk bertaubat.
Astaghfirullah.

#
kita rancang macam terbaik dah,
tapi Allah tahu kenapa hujan tu mesti turun.

Sunday, 16 June 2013

Ketelusan Seekor Burung~

ketelusan yang perlu diteladani.

siapa pernah tengok cerita harry potter?
ha, dalam cerita ni, ada seekor burung yang kerja dia hantar surat (tak salah nama dia Errol). ke sana ke sini dia hantar surat. pernah satu hari tu dia hantar surat kat rumah Ron (kawan Harry), GEDEGANG! langgar tingkap. adeh!

pening dia sekejap. kesian dia..
tapi..

bukan nak cakap pasal Errol langgar tingkap, nak cakap kat sini pasal bagaimana Errol selaku penghantar posto, dapat menghantar posto ke tempat yang sepetutnya. Dia ditugaskan untuk hantar surat, dan dia hantar.
Done.

hmm.. ada sesuatu yang kita boleh belajar daripada Sang Errol ni. Dia sampaikan apa yang dia kena sampaikan. Ya, ini soal amanah! Sampaikanlah yang sepatutnya kita perlu sampaikan.

Kalau kita posmen, pastikan surat yang betul sampai ke rumah yang betul. Kalau kita penghantar makanan, orang order sotong goreng tepung, pastikan itu yang sampai ke meja.. kalau kita penyampai berita, kena pastikan yang sampai kepada penonton tu berita bukan cereka.

Nabi Muhammad SAW sampaikan Islam sebagaimana yang diperintahkan Allah kepada Baginda. Semuanya benar, tiada dusta. Telus. Sebab tu kita dapat merasakan nikmat Islam sekarang..
Alhamdulillah..

#
langgar tingkap tu sakit,
kena tipu tu lagi menyakitkan.

Saturday, 15 June 2013

TerLUPA Tengok Cermin~


“weh.. kat pipi kau ada nasi.. haha, macam mana kau makan?”
“aku makan sama macam kau makan.. sebab tu kat sebab tu kat pipi kau ada sos cili!

cermin diri,
sebelum jaga tepi kain orang lain.

hoh..
macam cakap dengan cermin.
kadang ‘kita’ selalu tegur ‘diorang’, tapi ‘kita’ tak tegur diri ‘kita’ sendiri.

‘diorang’? siapa ‘diorang’ tu?

‘kita’ tu saya tujukan kepada kaum adam. Chopp.. bukan nak back up ‘diorang’(kaum hawa), tapi untuk sama2 mengingatkan ‘kita’. Tak salah kan? buang jauh2 sifat yang bila lelaki tegur lelaki, orang kata..”uih, dia ni back up perempuan”. sebab sebenarnya pemikiran kita tak sesempit tu. Betul tak?

saya nak cakap pasal ‘kita’.
selalu je, orang tegur ‘diorang’ sebab tak pakai jilbab. Tapi tak ramai yang tegur kenapa ‘kita’ tak tutup lutut. Padahal.. yang ‘diorang’ diperingatkan untuk melabuhkan tudung ‘diorang’ adalah supaya menutup perhiasan ‘diorang’. Perhiasan ‘kita’..?

mungkin ramai yang tak perasan bahawa, lutut tu jugak perhiasan bagi ‘kita’.. kan?
kalau tak, kenapa ‘kita’ kena tutup kan? Baik ‘kita’ ataupun ‘diorang’.. dua2 ada perhiasan yang perlu dijaga.

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."
(Surah an-Nur ayat 30)

#
‘kita’ pun kena rajin tengok cermin,
sebab nanti ‘kita’ kena jaga ‘diorang’.

Friday, 14 June 2013

KITA & saudara seAQIDAH kita


saudara kita dianiaya..
"Telah diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan)
- Surah Al-Hajj ayat 39 -

mereka diusir dari bumi sendiri..
"Iaitu mereka yang diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah". Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (Islam) sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa."
- Surah Al-Hajj ayat 40 -

Allah bersama2 dengan orang yang berjuang kerana-Nya..
"Ya Allah kurniakanlah kekuatan & perlindungan kepada saudara2 kami, sesungguhnya Kau Maha Tahu apa yang mereka lalui."
Amin..

dan.. bagi sesiapa yang tahu banyak lagi tentang isu Syria ni, mohon dikongsikan..
terima kasih buat yang berkongsi.

#
mereka kekeringan air mata,
balasan Allah bila2 masa.

Thursday, 13 June 2013

Salah Siapa 'Mereka' JAUH?


"Rashidi Anak Gujang, anda dibebaskan dan dilepaskan dari tuduhan yang dikenakan ke atas anda. Buang sikap nakal dan belajarlah menjadi budak yang baik."

tidak terkata gembiranya rasa. kata2 ini menjadikannya bebas. bebas daripada kurungan besi setelah sekian lama. kembali memberinya peluang menatap betapa indahnya langit yang membiru. menghampirkan beliau kepada Penciptanya. sungguh Tuhan menyayangi hambanya.

satu ketika teringat beliau, pada 'keajaiban' di penjara. apabila Yang Maha Kuasa menunjukkan kuasa-Nya.. maka, tertariklah si hamba untuk mendekati Tuhannya.

manisnya hidayah Allah.
lantas menuju ke MAIS, penuh harapan dipermudah segalanya,
"Selamat pagi Encik, saya datang mahu mendaftar memeluk Islam."

dipandangnya beliau dari bawah ke atas. tanpa menunjukkan reaksi yang positif, apa kata si kerani?
"Daftar masuk Islam bukan di sini. Awak pergi ke Bangunan SUK di Shah Alam."

ringkasnya jawapan diberi, kemudian berlalu pergi. membiarkan yang bertanya terpinga2.. sedih, malu, terkilan. maka, tertangguhlah lagi peluang untuk bertambahnya saudara seakidah. Astaghfirullah..

ni serba sedikit yang boleh saya kongsikan daripada penulisan Travelog Syahadah karya Rashidi Abdullah. asyik duk tengok nota kuliah dengan formula segala, sekali sekala, baca yang lain pulak.. heh.

hmm..
rasanya sudah cukup jelas apa yang nak disampaikan. akhir kata, Islam tu agama yang sangat indah. praktikkannya dengan akhlak. contohi Baginda SAW.

#
bukan 'mereka' tak mahu dekat,
kita yang bawa 'mereka' jauh.

Orang yang Lurus



ramai orang selalu mengambil kesempatan terhadap orang yang 'lurus'. 

kesian. 


kesian kepada mereka yang 'lurus'. mereka hidup bukan ingin menyusahkan sesiapa. namun, ada antara kita (masyarakat) yang suka menyusahkan mereka. patutkah kita?

kepada yang membaca, sama ada orang lain pernah mengatakan kamu lurus ataupun tidak,
ingin saya tekankan bahawa.. baik tu bukan beerti kita perlu jadi 'lurus'.


ya, mungkin kebiasaannya, orang yang 'lurus' ni baik. 

tapi, ni bukan definisi orang baik.

jalan yang lurus,
adalah jalan yang benar.


orang yang baik ialah orang yang berusaha ke jalan yang lurus..

bukannya, jadi orang yang 'lurus' lalu diambil kesempatan. 
bukan.


jom, teliti pengertian Ummul Kitab, & antara yang boleh dikongsikan,


"Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus"- Surah Al-Fatihah: 6 -
#
lurus tidak semestinya baik,
yang benar2 baik jalannya pasti lurus.

Wednesday, 12 June 2013

TROLI Menjelajah Pasar Raya


kalau kita pergi supermarket biasanya yang pertama kita ambil adalah troli. kan? tapikan.. kita ambil troli tu memang sebab kita nak ambil ke sebab pengurusan supermarket meletakkan troli tu depan2 yang membuatkan kita nak ambil troli tu? hmm..

dan.. ada sebab kenapa diorang buat macam tu. sebab diorang nak memudahkan pelanggan. mungkin ke sebab.. 'taktik bisnes'?

hmm..
saya bagi satu contoh, supaya lebih jelas.. ok, macam kita la. kadang tu kita pergi supermarket sebab nak beli buku tulis & kertas A4 je (ceh.. mentang2 mode exam, macam tak ada contoh lain.). tapi, bila dah sampai, nampak troli, hmm.. "aku rasa biskut kat bilik aku macam dah nak habis je"..

hah, jeng3!!
wakenabeb! hoh.. eh, tapi mungkin tak semua macam ni. cuma, boleh jadi jugak betul. ni bukan komen negatif untuk pengurusan supermarket, tapi pada saya, ni adalah satu strategi yang boleh dikatakan style.. bermain dengan psikologi~

salah siapa? sebenarnya.. siapa2 pun tak salah.
sebab.. kalau kita memang tetap dengan pendirian kita, beli buku tulis & kertas A4 je dah la. tapi, kalau nak beli kelengkapan lain pun apa salahnya. dan.. kalau nak kata ni memang taktik pengurusan supermarket pulak, sebenarnya pada saya, kebaikannya lebih banyak jika diletakkan troli tu di depan. kan?

salah silap mohon tegur ya, status ni bukannya apa pun, sekadar nak mengajak kita semua sama2, banyakkan berfikir (tapi, troli jugak dijadikan contoh.. nak buat macam mana, buat masa ni terfikir contoh yang ni.. lol).
kalau nak tambah input, dialu2kan.. terima kasih.

apapun, berniaga tu sunnah.
kalau kita ni ada kepakaran dalam berniaga, berniagalah. niatkan nak ikut Nabi SAW. moga2 indahnya berniaga berlandaskan syarak tu dapat disampaikan kepada semua.. InsyaAllah..

#
dengan troli boleh beli macam2,
tapi matlamat asal jangan lari.

Kompang Dipalu

selamat pengantin baru..
semoga kekal abadi bahgia~

menjelang musim cuti ni, bukak je fb ada je orang post pasal walimatul urus.. sahabat2 kita nak bina masjid. pegi sana, orang bagi kad jemputan. pegi sini orang bagi kad jemputan.. baguslah, orang nak bina masjidkan..

ada jugak kawan2 kita yg dia pegi sini, cerita pasal kawan dia nak nikah. pegi sana pun, tu jugak la bahan cerita dia. lepas tu apa dia cakap, "member aku ramai dah yg nak nikah, aku bila lagi". baguslah kalau dia fikir pasal masa depan & urusan rumah tangga. cumanya, peringatan untuk diri sendiri & yg baca post ni jugak..


kalau kita nak bina masjid, kita tengok diri kita, berapa kali kita pergi masjid? kalau orang tiba2 panggil kita jadi imam, bersedia tak kita nak jadi imam kat masjid? adus.. head shot.

ha, dah tu apa lagi. banyakkan pelajari agama, dalami ilmu agama betul2. ha, dengar tu imran. nikah ni bukan benda main. maka, berusahalah jadi yang terbaik, moga Allah memberikan kepada kita yang terbaik.
Amin! ^_^

#
bagaimana hendak membina masjid,
kalau ke sana pun tidak selalu.

Budi Bahasa, Budaya Semua


suatu petang, di sebuah tadika,

seorang pelajar tadika sedang membaca buku yang dihadiahkan oleh ibunya.
tapi, dia tidak faham apa itu kurik dan apa itu merah? lalu, dia pun berkata kepada cikgunya..

orang berbudi, kita berbahasa.
buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
kami budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan

lalu, cikgunya menerangkan maksud disebalik perkataan itu..
yang kurik itu kendi,
yang merah itu saga..

kemudian, cikgunya menambah lagi..
yang baik itu budi,
yang indah itu bahasa..

tersenyum kanak2 itu lantas menyambung pembacaannya..
oh.. budi bahasa budaya kita~

#
budi bahasa budaya kita,
peranan kita jadikan ia budaya semua.

Tuesday, 11 June 2013

TANGISAN Seorang Teman..

sahabat menangis, perlukan teman.

manusia ni macam2..
tengok hindustan, hero accident tercabut telinga boleh nangis, masalah keluarga adik curi teddy bear pun orang boleh nangis, potong bawang tiba2 terpotong jari (uih.. ngerinya~) pun boleh nangis, exam 'senang' sangat pun boleh nangis, gigit pingat emas puuunnnnnnnnnnnn boleh nangis. (nangis pasal pakwe@makwe tolak tepi..)

macam2 kan? hmm..
ada yang menangis sebab gembira. ada yang sebab sedih. tapi, hari ni saya nak cerita pasal menangisnya orang lain, di saat kita gembira. hmm.. kadang tu, kalau kawan kita sedih kita tak tahu pun. dia ingat nak kongsi, tapi kita pulak tak berkelapangan.. T_T.. hmm.. kita tak tahu ke, kita tak ambil tahu?

Astaghfirullah..
sebenarnya status ni, saya nak sama2 ingatkan kita semua, yang bila kadang kita tak tahu, disebalik senyuman kawan kita tu, sebenarnya ada seribu satu cerita yang dia nak cerita dengan kita. cuma kita tak tahu.

jadinya kat sini, sebagai peringatan untuk diri sendiri jugak, kalau kita ada kawan, jadilah kawan yang bukan masa senang je kita ada dengan dia. tapi jugak masa yang memang dia perlukan kita. mungkin kita sibuk, tapi.. usahalah untuk mencari waktu lapang.

maka, kepada semua kawan2 saya, dua puluh jari saya hulurkan, memohon kemaafan kalau saya tak berjaya menjadi seorang kawan yang baik. sama2 kita menjadi lebih baik, semoga bila gembira kita sama2, bila sedih pun sama2..

dan yang paling penting,
kita sama2 ingatkan kita & kawan2 kita dengan pencipta kita..

Daripada Ibnu Abbas Abdullah bin ‘Amri Ibni ‘As menceritakan bahawa ditanyakan kepada Rasulllah (s.a.w.),
"Siapakah kawan yang baik untuk kami dekati mereka?" Lalu sabdanya:
"Sebaik-baik kawan kamu itu ialah mereka yang akan mengingatkan kamu kepada Allah (s.w.t.) bila melihatnya dan menambahkan ilmu kamu oleh percakapannya serta menyemarakkan semangat kamu bersedia bekalan untuk akhirat. "
- Hadis Riwayat Tarmizi -

#
semua orang mengalirkan air mata,
tapi senyuman bukan milik kita seorang.

Dunia Blogger, Aku Datang!

perjuangan memerlukan istiqamah,
jangan berhenti menyebarkan yang benar.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma Sholli Ala Muhammad

Alhamdulillah..
Segala puji bagi Allah, kerana DIA.. aku kini sudah mempunyai blogku sendiri (cewah!).
moga2 blog yang dah tercipta ni, bermanfaat la ya!
hmm.. andai ada salah silap, harap teguran & tunjuk ajar daripada kalian yang memerhati.

Tahniah Imran, Tahniah!!
tudia, hang dah ada blog noh!
(sedang menepuk bahu sendiri.. bukan nak poyo, cuma sangat gembira! ^_^ )

mula2 ingat nanti2lah dulu nak buat blognya.. tapi, atas nasihat doktor pakar yang tediri daripada sahabat2, senior2 (chopp, bukan takut kat diorang, tapi respek!), kenalan2 saya, maka terciptalah blog ni..
Alhamdulillah..
err.. tapi kenapa spanar? bukan terompah ke.. kuali ke.. kan?

ha, yang tu kalau nak cerita, panjaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnngggg ceritanya. fuh~
walaupun saya ni suka taip panjang2, tapi saya rasa bukan nanti2lah saya cerita ya! maklumlah, saya budak baru belajar, nak ambil cempedak kat luar pagar pun tak reti.
haa.. kau~

adeh.. kan dah terpanjang. err..
ha, walaubagaimanapun,ada satu perkara yang sangatlah saya harapkan. saya harap sangat dengan wujudnya blog ni, semakin ramai la yang berminat untuk mendalami Islam. Ya, ISLAM!

Islam tu kan cara hidup. bukan setakat doa makan je, tapi.. cara hidup! maknaya kat sini, daripada kita berhenti berdengkur pagi ni, sampailah ayam berkokok di pagi yang esoknya.

"Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa."
- Surah Al-Baqarah : 2 -

bagi meletak ke dalam cangkerang kacang,
saya memohon sama2lah kita doakan semoga saya istiqamah dalam menyebarkan Islam, begitu juga untuk para da'ie yang lain.

semoga blog ni bermanfaat untuk semua..
Wallahua'lam.

#
Islam tu cara hidup,
sebarlah ia selagi belum mati.

Monday, 10 June 2013

Dewan Exam Dah Panggil!


ramai yang tengah sibuk tengok2 nota termasuklah saya (tapi sempat lagi tu nak update status.. cait). bukan apa, sekali kala, otak ni perlu rehat. mungkin tak perlu lama, cukup yang sekadarnya.

pastikan diri sentiasa bersih,
peliharalah wudhuk.
ramai yang dah bersiap dengan skil masing2, contohnya macam berlatih bagi tulisan cantik (ada ke minggu study week ni orang buat macam ni? ..lol ), sebab nak 'ambil hati' pemeriksa. tapikan, mungkin ramai yang terlupa, termasuk saya juga lah.. =( ..

ramai yang terlupa pada PEMERIKSA kepada si pemeriksa. yang juga merupakan PENCIPTA kepada si pemeriksa.

hmm.. hakikatnya, yang sejukkan hati pemeriksa untuk menanda kertas kita tu dengan emosi yang baik serta hati yang tenang tu adalah Allah Ta'ala. DIA jugalah yang izinkan untuk kita dapat keputusan yang cemerlang. maka, bertawakallah.. ^_^ . rujuk ( Ali-Imran : 159 )

haa..
di samping itu, saya nak kongsi la sikit nih. masa saya belajar kat sekolah menengah dulu, Allah izinkan saya untuk belajar doa ni, jom pakat2 amalkan ya!


"Ya Allah Ya Tuhan kami, kami menyerahkan kepadaMu apa yang telah Kau ajarkan pada kami dan kembalikanlah ia (ilmu itu) bilamana kami inginkannya, dan janganlah Kau lupakan ia daripada kami buat selama2nya. Wahai Tuhan Sekalian Alam."

semoga cemerlang belaka semua ya!!
InsyaAllah..

#
dewan exam tak lari,
berwudhuklah sebelum ke medan perang..

Friday, 7 June 2013

Topup Sepuluh Ringgit

kelemahan bukan untuk ditangisi,
tapi dilengkapi.

saya perlukan topup nih!
sebab saya ada kelemahan. hari ni, saya nak bagitau kalian semua apa kelemahan saya. jadinya nanti semua dapat tolong saya untuk baiki kelemahan saya ni. tapi, anda jangan ingat nak kenakan saya. sebab saya juga tahu kelemahan diri anda.. hahaha =P

KELEMAHAN pada diri saya ialah kelebihan yang ada pada diri orang lain. dan..
kelemahan pada diri orang lain adalah KELEBIHAN yang ada pada diri saya.
kenapa saya cakap macam tu? hmm..

sebabnya.. ada pada ayat yang dah BIASA, dah common sangat dah kita dengar, walaupun biasa, nak guna jugak ayat ni. sebab manusia ni pelupa. ayatnya,
'manusia ni tak ada yang sempurna.'
(ish.. ayat ni lagi. saja nak bagi kita semua ni selalu sedar diri~)

ok.. maksudnya, setiap orang daripada kita ni, tak kiralah penjual selipar ke, penggoreng pisang goreng ke, pengumpul setem ke, pensyarah ke, ada je lebihnya kita dan kurangnya kita.

kelebihan yang ada pada kita ni lah, untuk men'topup' kelemahan orang lain. begitu juga kelebihan yang ada pada orang lain, tak lain tak bukan, topup kekurangan kita pulak. jadinya, bila dah saling melengkapi, semakin berkuranglah kelompongan.

"Perumpamaan orang-orang yang beriman di dalam sikap saling mencintai, lemah lembut dan kasih sayangnya bagaikan satu anggota badan, apabila satu dari anggotanya menderita sakit, maka anggota yang lain merasakan (pula) sakit dan demam."
- HR. Bukhari-Muslim -

#
hidup manusia perlu usaha,
saling men'topup' mengejar sempurna.

Thursday, 6 June 2013

Cerek tu Panas!


nak makan maggi, kena masak air. air dah masak, cerek pun panas. ada siapa berani sentuh cerek tu lama2? kalau sentuh pun mesti, ADOI! cepat2 tarik jari tu..
mana taknya, panas kot..

elakkan sesuatu yang tidak kita suka,
juga kepada orang lain
eh, bukan nak cerita pasal mi segera ataupun cerek. nak ceritanya kat sini, pasal cepatnya kita ni bertindak bila dah rasa sakit tu kan? tapi sedar atau tak, teguran untuk diri sendiri jugak, kita ni senang je letak satu persepsi pada orang lain.

nampak je orang tu pakai selipar, "ish dia ni, tak jaga keterampilan betul!". padahal dia nak pergi masjid, tapi sebab takut kena curi, pakailah selipar. (jangan salahkan dia, salahkan pengkebas selipar di masjid2.) ni contoh..

kadang kita ni, nampak je orang tu macam tu,
terus letak tanggapan macam2.. dia tu la, dia ni la. oh, sepantas itu?!
tapak tangan muka! (facepalm~)

kalau kita rasa sakit, kita cepat2 nak elak,
orang yang asyik kita sakiti tu, lagilah cepat2 nak elak daripada kita.

#
sakitnya jari kena cerek panas,
orang lain pun macam tu jugak.

Serba Sedikit, ISRA' MIKRAJ


Israk beerti perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit ke tujuh..

hmm.. menariknya tentang peristiwa Israk Mikraj ni,

1. Abu Bakar digelar As-Siddiq kerana membenarkan apa yang diceritakan Nabi SAW (tentang perjalanan Israk Mikraj Nabi SAW..)

2. apabila sahabat2 Abu Jahal ingin menguji Nabi SAW dengan meminta Nabi SAW untuk menceritakan bagaimanakah perincian yang ada pada Masjidil Aqsa, jika benar Nabi SAW pernah sampai disitu. dengan bantuan Allah, Nabi SAW dapat menceritakan dengan begitu sempurna.

3. sebelum solat disyariatkan sebanyak 5 waktu sehari, perintah mengerjakan solat adalah 50 waktu sehari!! tatkala bertemu Nabi Musa di langit ke enam, Nabi SAW menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah. saranan Nabi Musa agar Nabi SAW menghadap Allah untuk memohon keringanan dengan alasan, umat Nabi Muhammad ni tidak sanggup melaksanakannya..

mantapkan jiwa dengan bersolat.
Imam Nawawi seorang tokoh perundangan Islam menyatakan dalam kitabnya Syarah Muslim,
"perkara sebenar yang telah disepakati sama ada oleh ulama' fiqh (fuqaha'), ulama' ahli hadis (muhaddithin) dan ulama' ilmu kalam atau ilmu tauhid (mutakallimin), begitu juga para sahabat (atsar) dan para ulama terdahulu dan mutakhirin , bahawa Nabi SAW telah diisrak dan dimikrajkan oleh Allah dengan roh & jasadnya skali."

sumber: '10 HARI KEBESARAN ISLAM' - mustread.

#
yang dah tau jangan bisu,
ilmu harus dikongsi.

Wednesday, 5 June 2013

Antara Terus & Berpatah Balik..


ada orang cakap kalau nak maju ni, kena terus ke depan. jangan patah balik dah. tapi kan, ada jugak orang cakap, orang yang melupai sejarah ni akan mengulanginya semula. err.. kontradiksi?

ye ke kontradiksi?
pada saya, apa yang saya nampak, sebenarnya tiada kontradiksi pun pada dua2 ayat ni. cuma perlu lebih disusun dengan lebih baik. ni sekadar perkongsian pandangan daripada saya selaku insan yang bukan ahli dalam bidang sejarah. hmm..

sejarah.. antara tercipta ataupun berulang.
saya rasa, saya setuju kalau ayat ni digabungkan dan dijadikan seperti ini,
"dalam kita mara ke hadapan untuk mencapai kemajuan, jangan sekali2 kita lupa untuk toleh kebelakang." sebabnya?

kalau kita terus je ke depan, mungkin tanpa kita sedar, kita terbuat kesilapan yang sama yang pernah dilakukan dulu. dan.. pada masa yang sama kita tak boleh pergi ke belakang. sebab tidak mungkin lipatan sejarah itu berubah hanya dengan titisan air mata. tak payah pergi, kita toleh je.

perhatikan peristiwa yang dah berlaku tu, ambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku, dan bangkitlah. jangan 'PERGI' kepada sejarah, dan menangisinya, tapi memadailah sekadar TOLEH, dan belajarlah daripadanya!

kesat air mata tu, dan teruslah ke depan. agak2 temui jalan buntu, toleh semula ke belakang, dan kajilah sejarah. dan INGAT! sejarah yang paling baik untuk dijadikan rujukan adalah, sirah2 anbiya..

ni pandangan saya, kalau silap mohon betulkan ya!
sedangkan lidah sendiri lagi tergigit.. terima kasih!

#
kurangkan menangisi lembaran lalu,
lakarlah lukisan baru untuk sejarah akan datang.