beribu batu berjalan, moga semakin mengenali Tuhan. |
saya gembira sangat sebab ada kisah hidup yang macam mana saya lalui.
saya dapat tengok macam2 jenis masyarakat. lahir kat selangor, duduk kejap kat johor, selangor balik, belajar kat perak, sekarang penang..
kat johor, saya puji kejiranannya.
atuk jiran sebelah, namanya Tok Bidin, uih.. dah macam atuk saya dah. time kecik2 masa banjir, dia dukung saya. sekarang ni dia duduk je kat kerusi luar rumah dia.. saya harap
dia sihat2 je..
kat selangor, saya duduk kawasan perumahan cina (ok.. muka saya macam cina bukan sebab ni), jiran sebelah namanya Ah Siang. masa 6 tahun, saya memulakan pendidikan awal saya di tadika cina, Tadika Eden. time bulan puasa, saya dibenarkan berpuasa.
waktu saya sekolah kat perak pulak, saya kenal ramai kawan2 perak. dan yang saya nampak, kawan2 saya yang asal perak ni mesra2 belaka. salah satu kawan saya yang perak pure, Khairul Zaid Jamaludin. saya belajar cakap perak dengan dia. ate.. kome.. mike..
dan sekarang saya kat penang. eh, ni kampung saya, mestilah saya tau cakap penang. yang menariknya, kat sini bukan setakat orang penang, arab, sudan, india, semua saya jumpa. dan lagi, saya dapat belajar banyak benda dengan kehadiran masyarakat sekeliling yang pelbagai ni.
oh.. imran gembira.
"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
- Al Hujuraat : 13 -
#
jauh imran jalan,
belajar mengenali masyarakat.
No comments:
Post a Comment