Tuesday, 27 August 2013

Insan TERPILIH.


kadang bila time nak minta maaf, makhluk yang bersalah tu suka guna ayat "sori la, hmm.. sedangkan Nabi ampunkan ummat." kemudian, yang si mangsa tu pulak suka kata, "aku bukan Nabi!".

Chopp!

ya, memang kita bukan Nabi.
tapi kita perlu ikut mereka! kerana
mereka ni insan terpilih dan sebaik2 ikutan.

kita yang iman naik turun ni kalau nak dibandingkan dengan para Rasul yang iman mereka kian meningkat, uih.. tak tahu nak katalah jauh tu macam mana punya jauh..

kita rasa kita kena uji ni berat dah.
uih.. ujian mereka berkali3 ganda lagi hebat. tapi tiap kali berhadapan dengan ujian, lekas bersujud menghadap Pencipta. kita?

nyamuk gigit pun nak bising.
(head shot diri sendiri! Astaghfirullah..)

kita bukan mereka, tapi kita perlu ikut mereka. cara cakap, cara makan, semualah!

moga tiap usaha kita dalam nak menyuburkan Biah Solehah seiring dengan perjuangan para Nabi & Rasul pilihan-Nya. InsyaAllah.. Biidznillah.
apapun kena mula daripada diri sendiri dulu. kan?

"Tegakkan daulah Islam di dalam hatimu, maka ia akan tegak di atas bumimu"
- Imam Hasan Al-Hudhaibi -

#
tiada ikutan yang lebih baik daripada mereka.
kerana yang memilih mereka itu bukan kita.

No comments:

Post a Comment