juga di sana
bila kan kau mengeluh kepenatan?
fitnah.. cukup2lah.
apa ini kerna salahku?
mereka lari meninggalkan cahaya?
sedang aku petah berkata,
aku benar
aku benar.
berkerutku memikir,
cahaya itu terperi indah,
mengapa ditinggalkan?
diambil sebahagian yang lain dipedulinya tidak.
mengapa mereka begitu?
apa ini kerana aku?
lupakah aku pada santunnya pesuruh DIA?
baitnya lembut tutur bertertib
sempurna Baginda bersama akhlaknya
mungkin ini memang salahku
yang diperjuang itu benar
namun
dek silapku yang salah kian angkuh
hidungnya meninggi
bongkak.
riak, kau diam!
cukup!
puisi ini belum tamat
tinggalkan sebentar renungan di tingkap anjungmu
cermin di penjuru bukan tidak mahu berteman
pandang padanya dilihatnya engkau.
ya, engkau adalah aku.
tataplah penuh rapi
baiki watak utamanya.
biar bersih lagi suci.
jiwa, hati..
ya, aku watak utamanya!
Astaghfirullah,
mungkin kerana silapku
cahaya itu ditinggalkan
dibiar sepi,
sunyi di akhir zaman.
#
kita manusia terkadang lupa,
hikmah itu rahsia kehebatan Baginda.. Shollu ala nabi
No comments:
Post a Comment