Friday 26 July 2013

motorsikal juga bertongkat.

lama atau baru,
motor mana tak bertongkat.

ada tak motorsikal kat dalam dunia ni yang tak bertongkat? hmm.. setakat yang saya tahu la kan.. tak ada. tapi tak mustahil jugak kalau ada. tongkat patah.. kan?

ha, tak kisah lah superbike ke.. motor kapcai ke.. ada tongkat belaka. gagah mana pun motor tu, mahal mana pun motor tu, tak boleh berdiri punya dia kalau tak ada tongkat.

hebat si kecil ni..

tapi tulah,
yang ni la yang kita selalu lupa. padahal banyak bakti dia kat motor kita (kalau kita ada motor la). bila kita nak berdirikan motor, kita ingat kat dia..

tapi,
berapa banyak orang yang selalu lupa nak angkat tongkat bila motor dah gerak? ketika motor dah jalan dah.. waktu motor tak perlukan lagi tongkat untuk berdiri? ramai.. biasanya orang sekeliling ingatkan, "bang, tongkat!"

apapun..
tongkat tu tak kisah pun orang kisahkan dia ke tak. dia tetap lakukan kerja dia macam biasa. sebab..

“Amalan yang paling disukai Allah ialah pekerjaan yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit”.
-Hadis Riwayat Bukhari & Muslim-

#
ramai terlupa pada tongkat,
tapi tongkat tak pernah lupa pada peranannya.

No comments:

Post a Comment