Wednesday, 24 July 2013

Kesilapan Dalam Teguran..


"ha ni la dia.. budak2 zaman sekarang nih. orang tegur yang ni tak boleh, dia tarik muka. orang macam ni memang tak faham bahasa. kepala lutut tu kena tutup. tak tutup kalau, salah. dah tu.. takkan nak orang kata betul kot. haish.. ha ni la dia.."
-berkata seorang ustaz-

"uih, ustaz ni.. cakap elok2 tak boleh ke. kau tu ustaz, nak tegur orang kalau, tegur la elok2. ikut cara Nabi. ni tegur pun.. macam la diorang tu bagus sangat. ini semua poyo! kalau dia tegur elok2, boleh je aku berubah"
-komen seorang jejaka-

adoilah..
ha, kalau dah macam ni, salah siapa? ustaz tegur tak betul ke jejaka tu yang tak faham bahasa?

tiada orang yang betul semua,
kerana itu dipanggil manusia.

tenang2.. dalam hal ni, satu benda je yang kita kena faham. ha, yelah.. satu je. Islam ajar kita akhlak yang terpuji.. nama Nabi Muhammad sendiri maksudnya terpuji.. kan?

kalau dalam hal ni, pada saya.. hmm..
masing2 ada kesilapan & masing2 kena betulkan kesilapan.
silapnya ustaz tu sebab cara tegur tu macam tak berapa nak kena. jadinya, lepas ni bagilah kena, biar berhikmah..

dan.. kesilapan si jejaka tu pulak, dia tahu yang lutut tu perlu ditutup, jadinya cover je la lutut tu. tak perlu kot nak tunggu ustaz datang tegur, baru nak tutup. sebab dah tahu kan kena tutup.

kalau dua2 ni baiki kesilapan masing2, maka harmonilah kehidupan mereka berdua.. dia tegur kamu, kamu tegur dia.
waduh.. cantik bangat!

“Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya.”
-Riwayat al-Bukhari-

#
yang silap betul2kan,
yang betul jangan pulak macam tak pernah silap.

No comments:

Post a Comment