Monday, 29 July 2013

Kenangan Alam SEKOLAH..


kalau tanya orang yang dah kerja, diorang akan cakap waktu sekolah paling seronok. kalau tanya orang yang masih bersekolah, diorang akan cakap, waktu sekolah yang paling seronok.
konklusi, waktu sekolah memang seronok!

ada tawa, ada duka, ada gembira ada air mata.. itu biasa.
tapi itulah, sama ada seseorang tu belajar ke tak masa kat sekolah, sebenarnya tanpa dia sedar.. dia sedang belajar sesuatu di sekolah.


tapi, ini bukan alasan untuk tidak belajar. sebaliknya, inilah 'alasan' agar kita perlu lebih rajin belajar. supaya, bila kita keluar nanti banyak benda yang kita dapat belajar! baik yang ada dalam buku, mahupun yang luar daripada buku.

"school.. if you attend properly, you'll surely find something bright."
- sakaki makio-

saya sudah pun lepas zaman sekolah saya. ya, memang ada masa kita happy ada masa kita down. itu namanya kehidupan, kerana kita belajar daripada apa yang kita lalui.
Alhamdulillah, banyak yang saya dapat belajar di alam sekolah saya.

sekiranya anda (yang memerhatikan post ni) mempunyai anak yang sedang bersekolah, jangan lupa untuk ingatkan dia, agar 'all out' semasa di sekolah. belajar apa yang boleh belajar, dalam & luar buku..

dan bagitau dia,
sebaik2 ilmu yang dia belajar ialah ilmu agama..

#
belajar tu seronok,
sekolah tu lebih daripada belajar.

No comments:

Post a Comment