Sunday, 2 June 2013

Tutup Pintu, Terbang 2 Ringgit


teksi ni macam2 jenis ada. ada yang ikut budi bicara drebar teksi tu sendiri. kalau dia bagi murah, murah la.. dan vice versa. tapi kalau dia ikut meter.. gedegang! tutup je pintu teksi dah dia tekan meter.. 2 ringgit kau, haa..

tapi, apa yang lagi menarik pasal teksi ni.. bila tak ditunggu.. banyak je. ada je teksi warna merah putih ke, biru ke, warna warni corak2 bunga sikit ke yang lalu.. bila time kita tunggu dia, adoi.. punyalah lama. tunggu punya tunggu punya tunggu, barulah dia muncul. kan?

isunya kat sini, kebetulan ataupun pembetulan??

jangan mengeluh, kejap lagi sampailah.

hmm.. rasanya ni lebih kepada soal pembetulan..
pembetulan yang perlu ada pada diri kita masa menunggu teksi.. baiklah, kenapa bila time kita TUNGGU kita rasa LAMA je, lambat je nak sampai?
sebabnya.. time kita TAK TUNGGU tu, tak ada yang perlu diSABARkan..

maksudnya kat sini, kita kena betulkan lagi diri kita ni, dengan memupuk sikap sabar kita. barulah bila time kita tunggu teksi tu tak ada lah keluar istilah macam..'!@#^&%$' dan sebagainya. erk!

pupuk sabar tika bermuhasabah, dalam memikirkan pentingnya munasabah dalam bermuhasabah. tegur saya kalau saya ni kurang sabar. ingatkan saya kalau saya ni hilang sabar.. sebab saya tak nak diri saya 'hilang' kerana pengabaian terhadap sabar..

Astaghfirullah..

#
menunggu tu mungkin isunya,
tapi sabar itu yang diuji-Nya.

No comments:

Post a Comment