hari tu ada kawan saya tanya saya, saya ada Twitter tak. saya pun katalah tak ada.. sebab? err..
hmm.. hobi saya, taip panjang2. dan.. yang saya tau, Twitter ni tak boleh taip panjang2. trus, hobi saya ini gimana pak? haha.. bukan tak nak taip pendek, cuma seronok taip panjang2. jadi.. sekali gus boleh memupuk minat membaca dalam kalangan facebookers.. (ye ke?)
apapun saya nak berterima kasih kepada kawan saya yang tanya hari tu, sebab dengan persoalan dia tu, membuatkan saya berfikir jauh lagi.. hmm
apa yang saya harap. setiap apa yang saya post ni bukanlah sekadar nak habiskan air liur je (kau taip la fif.. bukannya cakap pun), tapi saya harap sangat apa yang saya lakukan di dalam alam FB ni, dapat jadikan sebagai peringatan untuk kita semua.
berkata ia, "kalau aku buat kau lupa, lupakan aku!" |
saya harap sangat, kehadiran saya di FB ni bukanlah sekadar nak penuhkan list friends korang. tapi, bila korang nampak je saya, korang akan ingat kat Allah.. kat Nabi. sebab.. antara ciri2 'friend' yang baik ni adalah orang yang bila kita tengok muka dia je.. kita ingat kat Allah, ingat kat Nabi, ingat kat agama.. saya nak jadi macam tu.. doakan saya ya, doakan untuk kita semua..
jumlah 'like' bukan penentu pahala. bahkan boleh jadi penyebab dosa. yang penting sekali, tiap apa yang kita buat tu, dapat buat orang ingat pada Allah, dan Allah redha.
dan.. kalau ada yang tanya saya, saya akan buat akaun Twitter ke tak. saya akan jawab tak tahu lagi. sebab saya rasa, FB ni dah cukup buat saya terperangkap dengan 'mesin masa' ni. tapi.. kalau saya ada Twitter sekali pun, saya harap tujuannya tak lari daripada sebab utama saya ada di alam maya ni..
Astaghfirullahaladzim..
"Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”.
-Riwayat Al-Imam Abi Daud-
#
tak guna ada FB ada Twitter,
kalau setakat nak buat kita lupa..
No comments:
Post a Comment