Friday, 31 May 2013

Ubat Nyamuk Kan Ada.


hmm.. malam ni malam Jumaat.
jangan fikir yang bukan2. jangan fikirkan sangat pasal makhluk halus si penghisap darah (a.k.a nyamuk). ingat satu je, semua yang kita nampak sekarang ni, semuanya makhluk belaka. bila dah kata makhluk, mana nak ada powernya.
Allahu Akbar.. ALLAH MAHA BESAR!

bukan nak kata diri ni berani, sebab saya jugak makhluk.
diri ini lemah. angkat batu lesung, jalan 3 batu pun boleh penat.
(tak pernah try pun, tapi memang harapan la~)

kita ada akal, mindset tu boleh di'setting'.
hmm..
cuma mungkin sebagai renungan, kita semua tahukan, yang Jumaat itu penghulu segala hari. hari yang baik. dan.. bermula daripada lepas Maghrib tadi, kita dah pun berada di hari Jumaat..

jadinya, nak ajak semua termasuk diri sendiri, jom banyakkan amalan di hari Jumaat. chopp.. saya kata hari Jumaat, bukan malam Jumaat semata2.. haa.. jadinya, sepanjang hari ya, & seterusnya..

bukan malam ni je tau, tapi tengok2 esok, azan Zohor dah habis dah pun, dok bedal nasi pecal lagi..
err, you don't say lah!

#
jangan takut makhluk halus,
kita ada Shieldtox.

Thursday, 30 May 2013

Jual Pewangi Tapi Busuk.


kadang tu sikap orang yang bawak agama tu sendiri dalam menyampaikan Islam tu salah.
TAKUT untuk buat salah, sampai tertakutkan orang lain untuk buat baik.
terbawa2 emosi, terlupa perhati akhlak para Nabi. lalu..

jangan tunjuk pada orang, muhasabah.
orang nampak,
Islam tu suatu paksaan.
orang nampak,
usrah itu leceh, strict, ruang hentam orang..
orang nampak,
ceramah tu dijadikan sebagai satu2nya rujukan.

"kalau dia tu betul2 wangi, takkanlah dia risau dengan bau tengik hang"
-Mat Luthfi-

hmm.. salah siapa kalau dakwah tak sampai?
Astaghfirullah.. harap aku masih dipandu hidayah-Nya.
mohon doa para pembaca.. Allahu Rabbi.

#
aku tak nak perasan wangi,
yang lupa bau badan sendiri. :'(

Tuesday, 28 May 2013

Cik Komunikasi~


buka kamus cari maksud:
1- tampar
2- sepak..
ada perbezaan tak antara dua ni? ke sama je?
hmm.. ada yang kata sama. ada yang kata dua makhluk ni tak sama.

mengapa wujudnya perbedaan ini?

ada yang cakap perkataan 1 tu merujuk kepada perbuatan tangan dan yang 2 tu perbuatan kaki. ada yang cakap, kedua-duanya perbuatan tangan. jadinya, berdasarkan dua pandangan ni, yang mana salah?

dua2nya tak boleh dikatakan salah secara total (gedebush!)sebab bergantung pada sudut pandang seseorang tu sebenarnya. maka, inilah yang disebut sebagai masalah komunikasi, ataupun dalam bahasa Britishnya, 'miscommunication'..

jadinya, kalaulah ada orang yang mungkin keliru dengan apa yang kita terangkan, tenang dulu. jangan gopoh. kadang tu bukan sebab dia tak faham, tapi apa yang dia faham lain dengan cara yang kita faham.. faham?

maaf kalau contoh tampar dan sepak tu nampak kasar, tapi rasanya ni antara contoh mudah untuk menjelaskan bagaimana salah faham tu boleh berlaku.
mohon jangan salah faham..

#
'miscommunication' itu biasa,
gopoh mengeluarkannya daripada kebiasaan.

Sunday, 26 May 2013

Buku, Panadol, Lalu Lintas!


exam dah dekat.. ramai yang dah mula nak start studi gila2.. all out la nak ceritanya kat sini. tapi ingat, dalam nak studi nak pecutan akhir segala tu, make sure kesihatan kena jaga.. elakkan main hujan. tubuh tu amanah tau~

lintaslah lalu lintas seperti manusia.
haa.. tapi bukan tu je, keselamatan pun kena jaga tau. nak lintas jalan tengok kiri kanan. maklumlah, orang zaman sekarang ni suka bawak kereta laju2. uih.. jadi, hati2. dan macam2 lagilah.. main futsal petang2, skil skil jugak, kaki tu bukan besi. dan lain2 lagi..

jadinya nak ceritanya kat sini, kadang time exam nilah kita semua dok excited terlebih kononnya nak release tension, tu yang sampaikan semua benda buat all out. hmm.. ni pun kira cakap dengan cermin jugak ni. kena batang hidung sendiri.. adeh!

jaga diri, biar sihat. hati2, biar selamat. selamat studi semua, niatkan studi tu kerana Allah..

#
rajin biar bertempat,
jangan membaca sambil melintas.

Saturday, 25 May 2013

Timbunan Baju Atas Katil~


kemas tu susah ke?
uih.. susah wow! nak lipat baju segala.
eh, mana ada.. senang je la.

adus.. senang ke tak bukan persoalannya. biasakan diri untuk selalu buat, mesti rasa macam senang je. haa.. persoalannya, nak ke tak nak.. itu je. memang tak dapat dinafikan, hidup di alam universiti ni, sibuk.. busy..
(yang busy body tu no komen lah..) @_@

tapi, tahukah kalian bahawa lipat baju tu ambil masa yang singkat? tak sampai 10 minit pun.. serius! 1 baju tu pun lipat lebih kurang 10 saat je. hmm.. sebenarnya post ni nak cerita pasal kekemasan. tapi, rasanya.. banyak isu kekemasan ni timbul sebab tak kemasnya baju2. kan? maka.. berlaku adillah pada baju2.. bagaimana? adil tu meletakkan sesuatu kena pada tempatnya..
oh.. macam ni rupanya lipat baju~

jadinya.. jom pakat2 lipat baju. pakat2 kemas bilik. amalkan gaya hidup selesa.
tersusun urusannya tu termasuk antara 10 muwasafat tarbiyyah.. jom pertingkat tarbiyyah sama2! kamu ingatkan saya, saya ingatkan kamu..

#
fahami fungsi almari,
katil tu tempat tidur.

Friday, 24 May 2013

Yang Lama Melangkah Pergi~

[inilah kisah Persatuan Mahasiswa Islam USM sidang 2012/13..]
-yang ku copypastekan daripada status FB ku & ku post semula di blog ini-

Bismillah..
bukan nak taip panjang2. tapi memang kena taip panjang2..

Allah..
tak tahu nak rasa apa sekarang ni. sedih? gembira? takut? bersalah? lega? hmm.. serius tak tahu. tapi itulah. muktamar pmi baru je tamat. saf pimpinannya bakal diisi oleh insan2 yang terpilih. InsyaAllah yang lebih baik. InsyaAllah..

jujurnya, saya rasa masih banyak yang perlu diperbaiki, banyak perkara yang terlepas pandang, tanggungjawab yang tidak tertunai. TAKUT.. takut adanya tanggungjawab saya ke atas orang lain tak terlaksana. maka, izinkan saya untuk memohon maaf pada kalian semua yang ke atas saya haknya yang tak disempurnakan dengan baik. MAAF, MAAF, dan MAAF..

buat yang baru berundur,

sama2 kita beringat yang untuk meneruskan perjuangan menegakkan Islam ni, tak semestinya perlu ada JAWATAN, perlu ada KUASA.. cukup sekadar kita bergerak secara BERJEMAAH. teruskan menyokong usaha persatuan ini, jika perlu tegur, tegurlah.. pengalaman bukan untuk diri sendiri, tapi semua..

tiap daripada kita ni sedang bermusafir di bumi Allah. dan menjadi tanggungjawab para musafir untuk menegakkan Islam. muhasabah apa yang berlaku. jawatan itu platform. tapi, bukan satu2nya platform yang ada. teruskan usaha menyuburkan Islam walau apa cara sekalipun, asal berlandaskan syara'..

kepada yang baru..

diharapkan bakal 'insan yang terpilih' nanti, akan menjadi yang jauh lagi BAIK, yang jauh lagi TERBAIK. usahakan untuk menjadi yang PALING BAIK! maafkan kami atas kelompongan yang kami tinggalkan. sesungguhnya ia menjadi sebagai satu pengajaran besar dalam hidup kami selaku saf pimpinan.

dan, bagi yang MASIH MEMEGANG TAKLIFAN, sesungguhnya kalian dipilih Allah, pengalaman kalian adalah 'SUMBER RUJUKAN' buat mereka yang baru. kekalnya kalian untuk sidang hadapan, adalah untuk kalian memastikan kecacatan sidang ini tidak berbuah 2 kali.

akhir kata, maafkan kami.. terima kasih kerana menyokong PMIUSM, doakan yang terbaik untuk yang akan datang. InsyaAllah.. saya sayang akan keluarga ni..

dakwah tu tanggungjawab semua,
sebab tu pentingnya berada dalam jemaah.
“Jika pada hari ini kita hidup untuk diri kita sendiri, nescaya jalan yang kita lalui amat sempit dan singkat sekali. Namun jika hari ini kita hidup untuk orang lain demi sebuah aqidah dan perjuangan (Islam), maka jalan yang bakal kita lalui luas terbentang dan jauh untuk kita lalui.”
-As-Syahid Imam Hassan Al-Banna-

#
saf bertukar ganti,
agar perjuangan itu tidak mati.

Wednesday, 22 May 2013

Nun Jauh Di Sana, Jauh Tu~


kalau nak membentuk satu pasukan bola sepak yang bukan sekadar pandai menyepak bola malahan berskil, diorang ni kena diberi latihan step by step.. kalau nak terus jadi hebat macam Encik Messi, uih.. memang payah la. satu per satu.. dari ikat tali kasut, sampaila ke tatacara angkat piala. haa..

jangan gopoh, satu per satu.
matlamat biar jauh. lagi jauh dari pulau pandan yang jauh ke tengah tu.. ha, sebab sepatutnya memang begitu. cuma, bila kita merangka sesuatu yang jauh, kita jugak perlu ada perancangan satu per satu, apa yang kita nak dapatkan dalam satu tempoh tertentu. pendek kata, matlamat jangka pendek & jangka panjang.

apa bezanya?
ha, kalau berkaitan dengan penciptaan kita manusia, macam mana nak bezakan matlamat ni pendek ke panjang. kalau apa yang kita nak capai tu atas dunia je, pendek la tu. tapi, kalau kita letak sasaran kita pada sesuatu yang jauh bahkan tiada penghujungnya, maka ni baru kita sebut matlamat jangka panjang.

hmm.. apa dia yang tiada penghujung?
AKHIRAT.

dan.. penentu sama ada, gembira ke tak kita lepas kita tinggalkan dunia ni, cuma satu je. redha Allah! kalau berkehendak DIA untuk kita masuk ke syurga-Nya, Alhamdulillah.. kalau tak? Naudzubillah..

jadi, target biar jauh.
kalau Harimau Malaya target World Cup (bila agaknya, eh.. tapi tak mustahil~),
kita sebagai hamba ni, letak matlamat kita REDHA ALLAH!

#
target biar jauh,
perinciannya dari sekarang.

Tuesday, 21 May 2013

Dulu 6 Kupang Je..


lain tempat, lain harganya. hmm.. dulu roti canai, 60 sen da bleh dapat. saiz pun, berpatutan jugak la. tapi, sekarang ni, haa engkau.. tudia! seringgit. chopp! status ni bukan nak cerita pasal harga roti canai. tapi, berkaitan dengan bagaimana didikan yang dicurahkan roti canai sejak di bangku sekolah lagi.

roti canai ni, diperbuat daripada tepung. ha, nak buat 'doh' roti canai tu plak, bukan meh pakai campur je. dia ada la sukatannya yang betul untuk buat doh tu. supaya nanti roti canai tu tak jadi macam 'chewing gum'.. jenuh nak kunyah. sebab tu lah, jangan ikut suka je nak gaul tepung & air tu.

roti canai dan chewing gum,
dua perkara yang berbeza.
hmm..
macam kita jugak la. kalau 'doh' roti canai ada sukatannya, hubungan lelaki & perempuan pulak, ada sekatannya. jangan nak bergaul ikut suka hati je. habis..

pergaulan ni dari macam2 sudut. bila cakap, bila sembang, bila bekerja.. dan lain2 lagilah. contoh, bagi lelaki, bila sesuatu perkara tu kita rasa kalau kita tanya sesama lelaki pun dah boleh dapat jawapan, tanyalah lelaki. lihat yang mana lebih utama. dan, kalau kat facebook pulak, hati2 dengan komen. takut2 boleh jadi fitnah.

maka.. di sini, saya ingin memperingatkan kawan2 semua, tegurlah saya kalau saya ada buat silap, tambah2 bila berkait dengan soal ikhtilat ni. melihat pada status ni, mungkin ada yang akan komen macam ni,

"mohon teguran juga andai diri ini terlupa menjaga ikhtilat, moga2 kita terhindar daripada perangkap kemaksiatan." dan yang sewaktu dengannya..

betul dah tu kalau nak komen macam tu, tapi rasanya, tak komen macam tu pun tak apa kot, sebab saya dah tulis siap2.. urusan anda dipermudahkan..
sama2lah kita semua saling memperingatkan antara satu sama lain.

#
jangan sampai jadi 'chewing gum',
bila dah tercekik nanti susah.

Monday, 20 May 2013

Ke'COMOT'an Yang Mengusik Jiwa


bayi oh bayi..
hmm, kenapa baby ni comel ek? bila ketawa nampak tak ada gigi, time menangis dengan muka sebek( muka sedih simpati~ ), sampaikan time diorang makan sekalipun, walaupun comot sampai ke pipi, still comel jugak. (kalau kita.. erk!) baby ni muka innocent je.. kadang2 kerenah diorang tu, uih.. sabar je la. tapi, bila tengok muka, kesian je. muka tak bersalah. nak marah tak jadi, kadang2 tu boleh tergelak pulak dengan telatah diorang.

comelnya bayi kerana mereka tidak bersalah.

ha, dah tu.. apa kaitan bayi & bukan bayi (kita la.. tak payah tak nak mengaku la..=_=' ) ni?

hmm.. ermm.. hurmm..
sebenarnya, ada satu perkara yang boleh kita pelajari disebalik kewujudan bayi ni.
bayi ni, mana ada dosa.. dosa pun diorang tak tahu apa. memang diorang ni lahir kat dunia ni dalam keadaan suci. sebab tu la muka diorang kita tengok, muka tak bersalah je.. sebab diorang ni, memang tak bersalah!!

ok lah, tak nak taip panjang2, senang kata macam ni lah, nak ceritanya kat sini, kalau kita pun nak muka kita comel, elakkanlah dari berbuat dosa. haa.. ni pun satu tips kecantikan & kehenseman jugak tau. kalau kita jaga hubungan kita dengan Allah, InsyaAllah.. Allah jaga kita dengan baik. muka kita, kesihatan kita.. Allah jaga diri kita, Allah jaga keluarga kita, kawan2 kita, kenalan2 kita.. dan seterusnya..

kadang2 kita ni cari jalan jauh sangat, nak borong kosmetik segala, padahal.. kalau berbalik pada basic, kita kembali pada-Nya, InsyaAllah.. benda boleh settle..

#
asal kita semuanya comel,
kita je yang nak jadi comot.

Friday, 17 May 2013

Ulam Dicita, Pucuk Pun Tak Datang


kejayaan tu takkan datang bergolek. sebagaimana yang pipih takkan datang melayang. jangan sekadar berharap pada durian runtuh, kalau usahapun seperti hidup segan mati tak mahu. dapatkah sagunya jika ruyung itu tidak dipecahkan? jangan mengeluh kalau perlu berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, kerana senang itu datang kemudian..

tak apa, mula sedikit-sedikit, lama-lama jadilah bukit.

boleh bekerja laju seperti lipas kudung, tapi jangan kelam kabut takut2 yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. bila bekerja hindari berhenti sekerat jalan, asuh diri alang2 genggam bara api, biar sampai jadi arang. jangan halang pangkal lengan itu bertemu dengan pekasam.

sabar tu bukan sekadar nak cepat.

memang tiada yang sempurna, tapi biarlah terngadah kerana sudah terhantuk bukan diketuk. jangan berani makan padi, kerana pegar itu tak boleh diharap.
benar usaha itu tangga kejayaan, tapi jangan lupa, setiap makhluk itu berTuhan.

hmm..
semua orang sukakan kejayaan, tapi ramai yang tak nak usaha. matlamat akhir perlu ada, tapi dalam misi menggapai sasaran terakhir, kecapilah dulu satu per satu. jangan gopoh. sabar.. kejayaan itu pasti, cuma jawapan bagi bilakah kejayaan itu, tiada siapa yang tahu.

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan solat itu sangat berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"
( Surah Al-Baqarah : 45 )

#
jangan bercitakan ulam,
jika pucuk masih belum diraih.

Thursday, 16 May 2013

Persekolahan Di Wall FB~


dinding (wall) FBku penuh dengan macam2..
ada yang memperingatkan tentang Nakbah Palestin, hari penubuhan Negara Haram Israel yang telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948. dan sekarang ni, ramai yang update pasal hari guru..

notification sibuk mengira,
1 noti.. 2 noti.. dan seterusnya..

Allahu Rabbi..
hebat, saudara2 di palestin yang tabah menempuh kezaliman 'orang yang merempat'.. sungguh kalian merupakan 'cikgu' kepada kami dalam mendalami erti berjuang menegakkan yang benar. InsyaAllah, perjuangan kalian tak sia2. kasih Allah itu tiada tandingnya.

"Ya Allah KAU peliharalah saudara2 kami ini, kurniakanlah kekuatan dan perlindungan pada mereka."

didiklah generasi, masa depan kan cerah.

Subhanallah..
tahniah kepada cikgu2 kami kerana tak serik mendidik kami sehinggalah kami ni tahu untuk berkomunikasi, tahu untuk mencari khabar berita yang telus, sehingga kami dapat tahu perkhabaran saudara kami di bumi palestin. InsyaAllah, lebih ramai orang yang cerdik akan lahir ke dunia yang kian bercambah tipu dayanya ini..

Alhamdulillah, Allah pertemukan aku dengan cikgu2 ini.
terima kasih cikgu2..

#
cikgu tak semestinya di sekolah,
ia di mana2..

Wednesday, 15 May 2013

Menghitung hari, detik demi detik

tengah berkira2 ni.. hmm

final pun tak lama lagi. elok2 habis final pulak, latihan industri (LI)..
tapi, apa yang menarik untuk dihitungkan adalah bulan puasa, Ramadhan..
bila sebut pasal bulan puasa, apa yang kita fikir?
solat tarawikh? bubur lambuk? sahur? anak bulan? hmm.. raya?!!

saja nak bagitahu,
lampu isyarat ada warna kuning.

chopp..!!
nanti dulu, rilek dulu.
syawal lambat lagi. fikir ramadhan dulu, doa moga2 kita sempat bertemu ramadhan tahun ni, InsyaAllah..

mungkin ramai yang dah risau pasal final, LI apa semua. ya memang, yang tu kita kena fikir. tapi ingat, 'warmup' untuk ramadhan tu pun kena ada jugak. yang biasa sahabat2 kita buat, puasa sunat.. tahniah! jom rajinkan diri berpuasa sunat..


tapi, bukan tu je..
kena ada jugak exercise2 lain tuk rohani kita. jiwa kita ni kena berjoging jugak.. jangan biar jiwa kita ni makin malas, petang2 ajak dia main futsal. tau nak tengok tv je.. paksa dia exercise. rajinkan baca quran, solat malam, sampaikan percakapan kita pun kita kena touch up jugak. biasakan bila kita cakap tu, bermanfaat buat yang mendengar..

hmm.. silap kita,
bila nampak traffic light,
kita cuma tengok merah & hijau je. @_@

ramadhan tu ibarat LAMPU KUNING. sepatutnya time ni la kita kena BERSEDIA NAK BERHENTI buat benda buruk. supaya nanti kita dapat BERHENTI semasa menempuh syawal dan seterusnya. tapi tak.. kita buat jugak perangai pengguna 'berhemah' jalan raya kita tu, muncul je lampu kuning, makin laju kita pecut.
bukankah itu antara punca kemalangan? hmm..

#
'exercise'lah di lampu kuning,
supaya sabar bila lampu merah..

Monday, 13 May 2013

Sedangkan Tayar Pun Boleh Pancit..


aduh.. letihnya.. =_='
ayahanda banyak assignment! (nak guna perkataan 'bapak' macam kasar sangat).
letihnya.. eh, a'ah la, ada projek elektronik tu plak. report nak kena print lak. nak kena pergi beli barang lagi. ha, test lagi. baju2 tak basuh lagi. ada meeting lagi petang ni, malam ni pun ada. nak ambil anak kat sekolah lagi! fuh~ (contoh2 ni adalah rekaan semata2..)

letihkan?

jadi nak buat macam mana ek? banyak kot.. adoh~
tenang, duduk diam2.. istighfar. muhasabah balik, masa kita buat assignment tu, semua kerja2 tu, apa niat kita? kalau niat kita baik.. kita tak perlu risau. setiap perkara yang kita berniat baik tu, InsyaAllah tak sia2. setiap keletihan dalam apa jua yang kita buat, kalau niat tu untuk dapatkan redha Allah tu, yakinlah.. InsyaAllah besar manfaatnya.

ha, lepas tu, ingatkan balik diri kita yang pelupa ni, hamba itu siapa? ya, memang kadang2 tu kita letih gila kan, pancit betul la, kerja kita semua ha tudia punya banyak, tapi.. kalau Allah menghendakkan semua masalah tu selesai, selesai jugak. walau sepayah mana sekalipun, InsyaAllah settle jugak. benda boleh settle~

tayar mana yang tak pancit,.

hmm.. letih2 jugak. tapi, kalau untuk benda baik, tak apakan untuk letih..?
merungut2 jugak, aqidah kena jaga. bila masalah datang, kita dapat selesaikan~
Siapa yang bagi kita senang?

#
biar letih buat baik,
daripada rilek dibuai batil.. Astaghfirullah..

Nyonya Bangun Pagi, Siram Pokok Bunga

kalau nak yang cantik,
jadi yang terbaik.

ini bukan tentang kumbang, 
tapi pasal pokok bunga (psst.. saya suka air bunga, ala krisantimum tu~).. bukan bunga yang riba' tu, tapi yang mat salleh panggil 'flower'.. (saya pun keliru, kenapa 'mat salleh', bukan ke dia orang sabah.. plus, yang saya maksudkan kat sini, orang Inggeris~ heh)


tapi, apa yang stylenya pasal bunga nih, ada sesetengah pokok je yang berbunga.. bukan semua. nak katanya kat sini, bunga tu MAHAL..! hmm.. bunga ni jugak, perlu berpokok, mana ada bunga tiba2je, tadaa!! muncul kat tanah. kot ya pun, tu mesti bunga yang dipetik orang, lalu dibiar jatuh ditiup angin.
aduh sedihnya


bila namanya pokok bunga, haa.. jadi kenalah siram. 
ke mana ditumpahkan air kalau tak ke pasu~ bila ada pokok, maksudnya ada akar. ada satu tautan yang giler kuat la! tudia.. punya nak kata kuatnya akar tu. ha, jadi, kalau tak disiram dengan air yang bersih, maka lemah tak terkata la si pokok bunga itu. andai disiram, tapi pakai air teh tarik pulak, maka KO jugakla pokok tersebut.. hmm


yang sebenar2nya bunga bukan senang nak dapat brother.. sebab tu mahal. dan.. bunga ni pulak, akarnya terpaut rapi dengan sesuatu yang dia pasti dia takkan bergoyang selagi mana dia berpaut padanya. dan lagi.. bila disiram air bersih, maka berserilah ia.

nampak macam nak jadi bunga yang sempurna ni susah kan? hmm.. bunga mungkin lebih tahu tentang apa yang mereka rasai. tapi, YANG MAHA TAHU, itu jauh lebih TAHU yang terbaik!!!

tak perlu diibaratkan bunga tu dengan apa. yang saya tau, saya just nak cerita pasal bunga.. lalala..

#
'mereka' bukan bunga,
tapi, kisahnya hampir sama..

Saturday, 11 May 2013

NAK yang ni, TAK NAK yang tu

mungkin yang ini bukan aiskrimnya..

gembiranya kalau kita DAPAT apa yang kita MAHU
sedih je kalau kita DAPAT apa yang kita TAK MAHU.
tapi, TAK SEMUA yang kita MAHU tu kita DAPAT.
dan TAK SEMUA yang kita DAPAT tu kita MAHU.

kita kata diri kita ni milik kita, tapi sebenarnya bukan..
sebab tu kadang2 kita sendiri tak tahu apa yang kita patut dapat.
kita cuma fikir apa yang kita MAHU,
dan kita kurang fikirkan apa yang kita patut dapat.
kan? ye tak? hmm..

sekali gus menunjukkan yang diri kita sendiri ni,
bukan milik kita.. tapi milik DIA!
sebab tu dia tau je, apa yang sepatutnya kita dapat, biarpun bukan itu yang kita mahu.

"...boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah : 216 -

#
bila DIA 'dapat'kan kita sesuatu, senyumlah..
sebab itu yang sepatutnya kita mahu.

Friday, 10 May 2013

Maharaja Buah-buahan MEGA!


kadang2 orang tengok muka saya nampak macam orang sabah, kadang2 katanya macam sarawak pun ada, kadang2 tu korea..
('saya' tu bukan saya la.. ni orang lain.. hehe)

tapi, pandangan manusia memang macam tu. subjektif.
orang ni tengok dia, nampak macam ni, orang tu pulak tengok nampak lain.. macam2lah! biasalah.. kadang2 tu nampak iras2 ke, itu normal bagi kejadian seorang manusia.

hmm.. boleh tak kalau saya kata, atas sebab ni jugaklah, kita tak boleh nak judge seseorang tu dengan tengok rupa dia semata2?
pepatah inggeris kata, 'don't judge a book by its cover'. maksudnya, jangan kita nilai sesuatu tu berdasarkan luaran dia ja. yang penting isinya!
tapi.. saya suka makan durian.

ala, macam kalau kita pergi beli durian la. tengok durian tu, cantik je, hensem je. tapi bila belah, tengok je isi dia, err.. letak tepi. heh~ kan?
yang penting isinya, bukan luarannya..

dan bagi kita, manusia.. iman tu yang dinilai, bukan rupa..
tapi kita? Astaghfirullah..

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman."
(Surah Ali Imran ayat 139)

#
malu dengan durian, isi dia kita nak yang terbaik,
tapi kita sendiri tak nak di'isi' dengan benda yang baik.

Thursday, 9 May 2013

Makan ROTI cicah KARI..


Allah, lama tak makan macam ni. roti cicah kari.
peh! nikmat yang amat menikmatkan jika dinikmati!

ha, roti di sini bermaksud roti ala2 gardenia tu tau, bukan biskut.
bukan apa, bagi mereka yang mungkin belum tahu, kebiasaannya orang utara di Malaysia memanggil biskut segi empat yang macam biskut hup seng, cream cracker (ala, yang korang selalu makan cicah teh 'o' atau kopi tu la), diorang sebut makanan ni dengan panggilan 'roti' jugak.. jadi jangan keliru!
*kalau silap mohon betulkan.. terima kasih ya!

pelbagai citarasa, bukti uniknya lidah ciptaan Tuhan..

aduhai.. lama tak makan macam tu. 
dulu, time lapar kalau dapat makan macam ni. seronok!  .. sekarang dah jarang makan macam ni. hmm.. ha, mungkin bagi sesetengah manusia dia rasa roti cicah kari tu biasa je, tapi.. itulah yang dikatakan citarasa orang ni berbeza.


mungkin bagi lidah kita, benda tu biasa, tapi bagi orang lain, itu adalah salah satu nikmat yang macam saya katakan tadi, 'nikmat yang amat menikmatkan jika dinikmati!' sebab apa.. CITARASA. selera masing2 kan berbeza..

hmm.. biasanya kita cakap soal berbeza pandangan je, tapi, bukankah citarasa itu juga berbeza?.. hmm. itulah, sedar tak sedar, sebenarnya banyak lagi 'kelainan' yang ada pada diri setiap dari kita ni. teringat satu ungkapan,

'we are all different, and that make us the same'
(mohon betulkan kalau salah grammar.. hehe)

#
bila diskusi, berlapang dada
bila berkongsi, hormati citarasa.. ingat tu afif!

Wednesday, 8 May 2013

Kusangkakan Panas Berpanjangan~


seronok sangat ke ada kawan?
seronok sangat ke ada sahabat segala bagai?
hmm.. seronok sebenarnya.. walaupun mungkin kadang2 ada je salah faham, pertengkaran kecil, tapi itu normal. sebab masing2 antara kita ni ada kelemahan. ada kekurangan.

tak mustahil seseorang tu boleh terasa dengan sahabat dia. sebab adakalanya spanar dan nat tu tak 'matching'. dalam situasi macam ni, hmm.. nak kata salah nat pun boleh, nak kata salah spanar pun boleh. tapi, apapun, hanya ada dua kemungkinan. sama ada spanar kecik sangat ataupun nat kecik sangat, atau vice versa. oh.. merapu seketika~
@_@..
panas di petang hari, sejuk mata memandang.

kadang tu, nak bergurau tapi tak kena gaya..
nak berbincang tapi tak kena masa..
nak menegur tak kena tempat..

jadi, tak pelik kalau.. dalam kita mengharapkan panas sampai ke petang, hujan pula di tengah hari. tapi, hujan di tengah hari tak bermaksud akan lebat sampai ke petang. peluang untuk cerah tu masih ada..

#
semoga hujan di tengah hari,
disudahi dengan panas sampai ke petang..

Ketawa Sorang2 bukan Beerti GILA~



pelik. 
sekian lama kenal seorang kawan ni, baru hari ni saya tau kawan saya suka gelak. apa yang peliknya, dia gelak walaupun tak ada lawak apapun. pelik bukan? katanya, "time aku call orang pun, aku akan gelak dulu.. tak tahu kenapa."

ketawa tak salah,
kalau berlebih itu kurang sopan.


hmm.. dalam dunia ni, macam2 orang ada. 
dan.. tak hairanlah kalau ada orang cakap, "orang macam ni pun ada?" .. haha. tapi, tak apa. asalkan dia tak mengganggu dan merimaskan, biarkan dia ketawa. itu mungkin salah satu nikmat yang Allah bagi pada dia. agar dia sentiasa bahagia. (tapi memang pelik.. tiba2 ketawa, tiba2 ketawa.. hehe)



apa2pun, pengajarannya di sini.. 
ceriakanlah diri anda, tiada siapa yang boleh menghalang anda untuk merasa ceria. ceria itu antara nikmat yang Allah bagi, yang sering kali kita lupa bahawa, itu juga adalah nikmat-Nya buat kita..

..^_^..

dalam satu hadis yang selalu kita dengar..
“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
- Riwayat Al-Tabrani -

#
ketawa tu nikmat,
cuma jangan berlebih.

Monday, 6 May 2013

SURAT untuk kawan2 saya & SEMUA~


jujurnya, ramai yang tidak berpuas hati dengan pelbagai isu yang berlaku dalam arena PRU13 ni. namun, janganlah pula diwujudkan 'side effect' kepada sesebuah persaudaraan hanya kerana 'pertempuran' ini. setiap mukmin itu bersaudara bukan?

biar elektrik terputus,
persaudaraan jangan begitu.

amanah bukan mainan,
kelak akan disoal.
kepada KERAJAAN BARU,
jalankanlah amanah rakyat dengan sebaiknya. ad
illah dalam pemerintahan, perjuangkanlah Islam.. sekali gus, keadilan.

kepada RAKYAT,
jadilah insan yang tidak tuli, mengembaralah.. semakin banyak kamu cari, semakin terdedah solusi. moga tidak 'dibuai' lagi.

kepada FAKE ACCOUNT di FB,
tugas anda sudah selesai. usah lagakan kami lagi.

kepada SEMUA RAKYAT MALAYSIA..
ketentuan Allah jangan diragui, kerana KEBIJAKSANAAN-NYA tiada keraguan.
ceria!

#
ketidakmatangan tidak sepatutnya dijadikan 'hero'..
namun, menuding jari pada orang juga bukan solusi.

Sunday, 5 May 2013

Penamatnya Hanya MATI~


INGAT! Allah jualah yang menentukan segala2nya.

PRUtigabelas..
andai kata, Allah beri kita KEMENANGAN..
ingatlah, bahawa kita harus bersama2 membentuk negara Malaysia ni ke arah yang lebih baik dengan amanah, adil, & benar sebagaimana yang kita mahukan.. sebagaimana yang kita perjuangkan..

dan..

andai kata, Allah mentakdirkan yang terjadi itu adalah sebaliknya..
ingatlah kita bahawa,TIADA SATUPUN percaturan Allah yang silap.
tanya pada diri, kita berjuang atas DASAR apa?

adakah kita akan ISTIQAMAH menegakkan kebenaran?
atau.. adakah kita akan BERHENTI perjuangkan apa yang kita perjuangkan?
perjuangan memenangkan parti semata2 adalah sia2.
perjuangan menegakkan yang HAQ(benar) itu tak mungkin sia2..

target kita REDHA ALLAH.. bukan MURKA ALLAH..!!
semoga kita tak TERPERANGKAP dengan permainan dunia..
Astaghfirullah..

"Dan kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Dan negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya sekiranya mereka mengetahui"
(Surah al-Ankabut : 64)

#
MAKHLUK tidak punya apa2.. kita hanya TENTERA.
perjuangan hanya tamat setelah TERPISAHnya roh dan jasad.

Friday, 3 May 2013

Perkhabaran yang TIDAK Terkhabar~


kami menanti sang kejujuran,
disebalik himpunan cerita2. ya, kami mengharapkan perkhabaran itu dapat menceritakan kepada kami jalan cerita kepada apa yang sedang berlaku kepada tanah air kami, dan dunia umumnya..

tapi sayang, penantian itu masih dinanti..
perkhabaran itu tidak jua kunjung tiba.
bilakah dikau akan jujur dalam setiap perkhabaranmu?
khabarkan kepada kami cerita yang tiada dusta?
tidak disembunyikan segala yang tidak sepatutnya dikau sembunyikan?

cukuplah.

sungguh apa yang ku harapkan, jujurlah dalam apa jua yang kita khabarkan.
andai kamu berkeras untuk tidak jujur.. Yakinlah kamu bahawa azab Allah itu amatlah dahsyat..

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh ibu bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu.”
( HR Sahih Muslim)

#
perkhabaran bukan sekadar mengkhabarkan,
ini soal kejujuran.

Hari ini Hari JUMAAT Tau..


Bismillahirrahmanirrahim..
hmm.. kita selalu lupa untuk ucap Bismillah.. padahal, kita pun tahu, ucapan Bismillah ni ada 'power'nya.. yang kita selalu ingat, time nak makan. siap dengan doa makan sekali. mintak rezeki diberkati dan kita jauh dari api neraka.

ha, nak pakai kasut, nak pakai helmet, nak buka suis kipas, nak kemas katil, nak buat assignment( tak siap lagi nih.. aduh!), nak basuh baju, nak beli barang.. dan macam3 lagi. oh.. indahnya pekerjaan tersebut andai kita mulakan dengan Bismillah. ha, nak tambah lagi satu, nak buka FESBUK pun, bacalah Bismillah. mudah2an, kita terpelihara daripada kemungkaran yang ada dalam facebook, dan tidak facepalm di kemudian hari~

moh le kite jadikan hari jumaat ni sebagai TITIK TOLAK kepada kita untuk lebih rajin mengucapkan BISMILLAH lepas2 ni.. Salam jumaat..

Dimulakan dengan Bismillah
Disudahi dengan Alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirohmati Allah

Mulakanlah kerja dengan niat yang satu
Untuk mendapatkan keredhaannya
Moga segala urusan dipermudahkannya
Agar sentiasa dalam kebaikan
Barulah hati kita kan terasa tenang
Dan bersyukur dengan apa yang ada

lagu: Raihan - Bismillah

#
Bismillah time makan ingat,
dah kenyang lupa Alhamdulillah.

Wednesday, 1 May 2013

Si Pengguna Kaki Lima


hidup berPACUAN dan berKAKI nyata berbeza.
yang beroda itu lebih pantas, kerana mereka berupaya memecut tanpa kuderat. bebas ke mana sahaja mereka mahu. mereka punya KENDERAAN bermotor.
ku harap, mereka bersyukur~

aku..
SEPASANG KAKI inilah motorsikalku, mereka jualah keretaku. yang terus setia menemaniku dalam perjalanan mengembara di bumi tuhan.
kaki lima pula, senantiasa berkorban untukku. agar aku mampu berJALAN di atasnya untuk menunaikan tiap misiku.
bersyukurkah aku? Astaghfirullah..

tapi aku terLUPA..

terlupa aku pada yang lebih dasyat. pada mereka yang ASALNYA berkaki kemudian beroda. roda mereka jauh lebih berbeza. tangan merekalah 'motor'nya.
susah.. payah.. tiba di anak tangga, mereka hanya mampu terSENYUM. mengharapkan masih berpunya kaki. mungkinkah juga IHSAN daripada si PEMERHATI?
merekalah penunggang kerusi roda.
tapi.. mereka lebih bersyukur..

Ya Allah, didiklah aku menjadi hamba-Mu yang bersyukur..
agar aku KUAT seperti mana mereka yang BERKERUSI RODA..
bagi mereka yang berkelainan upaya, THUMBS UP!!

#
kalau orang kata mereka kurang upaya,
orang tu mengata diri sendiri.