Allah, lama tak makan macam ni. roti cicah kari.
peh! nikmat yang amat menikmatkan jika dinikmati!
ha, roti di sini bermaksud roti ala2 gardenia tu tau, bukan biskut.
bukan apa, bagi mereka yang mungkin belum tahu, kebiasaannya orang utara di Malaysia memanggil biskut segi empat yang macam biskut hup seng, cream cracker (ala, yang korang selalu makan cicah teh 'o' atau kopi tu la), diorang sebut makanan ni dengan panggilan 'roti' jugak.. jadi jangan keliru!
*kalau silap mohon betulkan.. terima kasih ya!
pelbagai citarasa, bukti uniknya lidah ciptaan Tuhan.. |
aduhai.. lama tak makan macam tu.
dulu, time lapar kalau dapat makan macam ni. seronok! .. sekarang dah jarang makan macam ni. hmm.. ha, mungkin bagi sesetengah manusia dia rasa roti cicah kari tu biasa je, tapi.. itulah yang dikatakan citarasa orang ni berbeza.
mungkin bagi lidah kita, benda tu biasa, tapi bagi orang lain, itu adalah salah satu nikmat yang macam saya katakan tadi, 'nikmat yang amat menikmatkan jika dinikmati!' sebab apa.. CITARASA. selera masing2 kan berbeza..
hmm.. biasanya kita cakap soal berbeza pandangan je, tapi, bukankah citarasa itu juga berbeza?.. hmm. itulah, sedar tak sedar, sebenarnya banyak lagi 'kelainan' yang ada pada diri setiap dari kita ni. teringat satu ungkapan,
'we are all different, and that make us the same'
(mohon betulkan kalau salah grammar.. hehe)
#
bila diskusi, berlapang dada
bila berkongsi, hormati citarasa.. ingat tu afif!
No comments:
Post a Comment