Friday, 17 May 2013

Ulam Dicita, Pucuk Pun Tak Datang


kejayaan tu takkan datang bergolek. sebagaimana yang pipih takkan datang melayang. jangan sekadar berharap pada durian runtuh, kalau usahapun seperti hidup segan mati tak mahu. dapatkah sagunya jika ruyung itu tidak dipecahkan? jangan mengeluh kalau perlu berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, kerana senang itu datang kemudian..

tak apa, mula sedikit-sedikit, lama-lama jadilah bukit.

boleh bekerja laju seperti lipas kudung, tapi jangan kelam kabut takut2 yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. bila bekerja hindari berhenti sekerat jalan, asuh diri alang2 genggam bara api, biar sampai jadi arang. jangan halang pangkal lengan itu bertemu dengan pekasam.

sabar tu bukan sekadar nak cepat.

memang tiada yang sempurna, tapi biarlah terngadah kerana sudah terhantuk bukan diketuk. jangan berani makan padi, kerana pegar itu tak boleh diharap.
benar usaha itu tangga kejayaan, tapi jangan lupa, setiap makhluk itu berTuhan.

hmm..
semua orang sukakan kejayaan, tapi ramai yang tak nak usaha. matlamat akhir perlu ada, tapi dalam misi menggapai sasaran terakhir, kecapilah dulu satu per satu. jangan gopoh. sabar.. kejayaan itu pasti, cuma jawapan bagi bilakah kejayaan itu, tiada siapa yang tahu.

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan solat itu sangat berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"
( Surah Al-Baqarah : 45 )

#
jangan bercitakan ulam,
jika pucuk masih belum diraih.

No comments:

Post a Comment