Monday, 29 April 2013
Saya Makan NASI PECEL~
nama saya afif, ada orang kata muka saya muka garang.
garang ke? hmm.. entah la.
maka, saya ingin meMOHON MAAF seandainya saya ni jarang senyum @ kurang mesra @ kelihatan sombong @ muka terlalu serius. bukan nak sombong, cuma kadang tak tahu nak respon macam mana.. dan, biasanya, kalau saya berfikir, muka saya jadi serius..
yang mana kenal saya,
InsyaAllah mereka tahu betapa 'garang'nya saya ni..
kalau tiba2 tengah nak beli nasi pecel nampak saya,TEGUR je. kalau respon saya kurang baik, mungkin time tu mood tak berapa nak baik kot.. kerja banyak ke~
saya tak makan orang, saya makan nasi pecel..
tapi apa2pun,
saya berTERIMA KASIH kepada orang yang menegur, dan.. beritahu saya secara berdepan, tahniah kepada anda, itu usaha yang murni.. semoga Allah berkati kalian.. sekurang2nya, saya dapat tahu tentang perkara ni. terima kasih..
"Dan berilah peringatan, maka sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang yang beriman."
[Surah Az-Zariyat : 55]
#
terima kasih kepada yang menegur,
anda tahu, saya hanya makan nasi pecel.
Sunday, 28 April 2013
Diorang Lagi KELAKAR~
zizan, johan, UAI, sepah, harith iskandar.. sebut je, siapa tak kenal.
saban hari, semakin ramai orang yang gemar berlawak. tak kesah la mereka berada dalam kancah mana sekalipun. perkara ini berlaku, dan sukar untuk dinafikan bahawa mereka kelakar..
hmm.. lawak ni boleh jadi atas macam2 faktor. dan.. biasanya lawak ni akan lebih 'hidup' kalau lawak tu spontan. atau lebih tepat lagi, adanya perkara2 yang kantoi (part tak menjadi~). kebiasaannya, memang kelakar. geli hati dibuatnya..
dan..
sekarang ni, dalam negara kita.. kita dapat lihat banyak perkara2 yang 'kantoi'.. tengok saja dalam, tv, surat khabar, laman sosial.. terlalu banyak 'kisah' yang menggelikan hati.
#
diorang menipu, orang ketawa..
diorang ingat orang suka, tapi sebenarnya.. sebab mereka kantoi
Cinta dan Anugerah
cinta Allah itu tiada tolok bandingnya. |
Hari itu kami dikurniakan satu anugerah.
bererti bukan kami, tetapi apa yang kami bawa itu adalah yang terbaik.
memanglah terbaik, kerana Islam itu sempurna.
membimbing sesiapa menempuh dunia penuh dusta,
tapi, kami manusia..
maka perlulah usahakan yang jauh lebih baik..
agar apa yang kami bawa ini, kian nyata indahnya..
Alhamdulillah.. cinta itu mengkhabarkan berita gembira.
"Aku dikurniakan anugerah.. dan anugerah itu milik semua. Milik mereka yang turut sama berusaha untuk menyampaikan Islam."
cinta itu teruskan kata2nya..
"Anugerah itu diserahkan bukanlah sebagai tanda noktah. Misi menyampaikan agama yang haq itu akan tetap diteruskan. kejayaan hari ini menunjukkan bahawa, Islam itu mudah untuk dicintai.. asalkan pejuangnya tidak berhenti"
tepuk bahu, bermonolog dalam hati,
"Alhamdulillah, Islam itu kian diterima.. tahniah wahai pejuang agama-Nya, hari ini mungkin kita dah usahakan yang terbaik. Selepas ini, pertingkatkan lagi.. moga Allah redha.. InsyaAllah"
bahkan jika kena pada tempatnya, cinta itu sangat indah..
cintailah Allah melebihi segalanya.
lebih daripada segala2nya.
menjangkaui bumi dan isinya.
SUBHANALLAH..
#
cinta itu kurniaan,
anugerah itu peringatan..
Saturday, 27 April 2013
Jika Kupilih Di Sini, Apa Kata Di Sana~
hati orang bukan senang nak jaga. kadang2 kita bukan nak sakitkan hati orang. tapi, adakalanya.. keadaan tu memang membuatkan kita tersepit.
fikiran kita pun bercelaru~
kita bukan nak lukakan hati sahabat kita, tapi dalam usaha kita nak menjaga hati sahabat kita yang seorang ni.. tanpa disengajakan, kita terhiris perasaan sahabat yang satu lagi.
hmm.. lalu, terdetik dalam hati kita,
"sungguh.. bukan ini yang kumahukan.."
kasut kita pun tak sama, inikan pula tiap apa yang kita lalui.. memang tak sama.
lain orang lain ceritanya.. fahamilah situasi orang lain,
InsyaAllah.. hati semua orang dapat dijaga.
di kesempatan ini, izinkanlah untuk aku katakan..
maaf dariku buat mereka yang kukasari.. T_T
Astaghfirullahaladzim..
#
semua orang berbeza cerita,
jadilah seseorang yang memahami.
Friday, 26 April 2013
Untungla, Makan FREE..
kita nak pergi makan.
kita pun jalan2.. kita nampak satu gerai makan. kita pun nak pergi makan. "aduh, mahalnya!".. @_@
kita pun jalan lagi.
jalan2 nak cari tempat makan. kita jumpa tempat makan yang baru. "haa.. yang ni murah sikit." Alhamdulillah.. syukur lah dapat yang lagi ok daripada yang tadi. kita pun macam dah bersetuju nak makan kat situ.
kring!! kring!!
tiba2, kawan kita call,
"polan, jom keluar makan, aku belanja". yeah, dapat makan free. Alhamdulillah.. sekali lagi, bersyukur kita sebab dapat yang jauh lebih baik. makanan free~
yang percuma itu lebih baik, tak gitu?
kita bersyukur dengan apa yang sedia ada, tapi kalau ada nikmat lain yang lebih baik, perlu juga untuk kita syukuri.. ke tak?
ni pandangan saya, Wallahua'lam.
kita doakan yang terbaik. ^_^
#
murah tu menarik,
free tu lebih baik.
Wednesday, 24 April 2013
Biar CHANTEK, Jangan Cetek..
saya baru je tukar 'profile picture' saya. sebelum ni, gambar saya, saya pakai baju warna biru. sekarang ni, gambar saya, saya pakai baju warna hijau..
ada beberapa golongan yang mungkin wujud, bila peristiwa ini terpahat di wall fb:-
polan A: untungla, dapat bergambar dengan imam muda..
polan B: ha, boleh senyum rupanya dia ni. nampak ja garang.
polan C: uih.. dia ni dah jadi pembangkang!
respon saya kepada..
polan A: rezeki.. harap2 dapat jadi hebat macam dia
polan B: maaf kalau jarang senyum, biasanya muka serius@dahi berkerut tu sebab sedang memikirkan sesuatu. (macam banyak sangat berfikirnyepun~)
polan C: oh.. orang seperti anda masih wujud!
#
biar robot sahaja yang diprogram,
mentaliti kita, kita yang bentuk..
Tuesday, 23 April 2013
Lelaki itu MENANGIS..
manusia..
kalau orang lelaki nangis, orang kata tak macho..
kalau wanita menangis, orang kata terserlah kewanitaannya..
ish, tak adalah. setiap orang layak menangis. baik lelaki, mahupun wanita.
dari si anak kecil, sehinggalah yang sudah banyak pengalamannya.
tak salah nak menangis, asalkan kena pada tempatnya. kena pada waktunya. kalau masa tengok filem chenta tu teresak-esak.. memang nak kena .
padahal kita ni kalau buat salah dengan Allah tak ada teresak macam ni pun.
teruknya kita.. selalu lupa diri.
menangislah dikala bermuhasabah.
air mata keinsafan itu saksi kita kembali kepada fitrah..
Astaghfirullahaladzim~ T_T
“Tidak akan masuk ke dalam neraka seorang yang menangis kerana takut kepada Allah”
(HR.Tirmidzi dan Abu Hurairah ra)
#
biarlah tak macho pun,
tu orang yang kata.
Monday, 22 April 2013
Dengar Kata Ayah, Bila Ayah Taat PENCIPTA.
pada suatu hari..
ayah: polan, kamu tolong ayah curi duit 'diorang' tu.
polan: huh? boleh ke kita curi duit orang ayah?
ayah: boleh, kan kamu tolong ayah.. tolong orang dapat pahala
polan: oh.. ok2.
si polan pun pergilah mencuri duit 'diorang', dan bawa pulang kepada ayahnya. ayahnya ambil lalu simpan separuh daripadanya.. separuh lagi bagi kepada polan.
ayah: bagus polan, macam tulah anak ayah. ha, esok kamu 'sedekahkan' duit ni kat 'diorang', lagi separuh tak apa, biar ayah simpan. ayah nak beli kereta baru.
polan: baik ayah..
esoknya..
polan: ayah, polan dah bagi dah.. diorang sangat berterima kasih.
ayah: accomplish!
jangan jadi ayah yang jahil, belajarlah ilmu agama..
jangan jadi anak yang lurus bendul, perdalamilah ilmu agama..
jangan jadi 'diorang'.. yang dicuri duit kerana leka,
kesian 'diorang'.. T_T
kita? buka mata.
#
ayah wajib ditaati,
syariat adalah panduannya.
Tengok Bola Bertemankan Perut Berirama GHAZAL~
habis je game bola tadi, kecoh je dekat wall ni.
pemain bola, pergi berehat..
peminat bola sembang pasal bola..
facebookers, post pasal Suarez 'makan' Ivanovic. haha.. macam2
hmm.. kita tinggalkan arena bola sepak kejap. cuma kita ambil keypoint je.. MAKAN. zaman sekarang ni ramai yang suka makan orang. zahirnya mungkin tidak.. tapi, hakikatnya, daging seseorang itu rakus diratah 'mereka' dengan kejam.
ops.. sorry kalau ayat tu bunyi ngeri. @_@
tapi memang itulah perumpamaannya bagi mereka yang suka mengumpat. habis, PONG PANG PONG PANG.. dok cerita pasal orang. sudah2lah tu.. elakkan intai silap orang, takut2 cermin kabur pada batang hidung sendiri.
lapar?.. makanlah makanan yang halal lagi baik.
tinggalkan benda tak halal lagi tak baik.
gendang gendut tali kecapi.. kenyang perut, peh.. hepi!!
chopp! jangan lupa bersyukur..
#
makanlah yang halal lagi baik,
mengumpat tu tak mengenyangkan.
Sunday, 21 April 2013
Aku Setuju, Tapi Kau Tak.
khilaf ni perkara yang BIASA berlaku bagi manusia BIASA..
namun, ia akan menjadi LUAR BIASA apabila ada orang yang bertindak secara LUAR BIASA dek kurang faham konsep khilaf..
pandangan kita mungkin berbeza dengan orang lain..
tapi, biarlah pandangan yang kita bagi tu berdasarkan ilmu yang kita ada, selepas kita dah selidik, dah kaji, dah buat eksperimen segala.. bukan sekadar semberono je bagi pandangan. berlapang dada.. kalau tak, uih.. haru~
apa2pun,
berbalik kepada kitab Allah,
mukjizat bagi Nabi Muhammad SAW.. utusan-Nya~
"Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa"
[ Al-Baqarah : 2 ]
#
setiap orang ada pandangan,
sebab tu pentingnya pegangan.
Saturday, 20 April 2013
Kalau Asal Benih yang Baik..
teringat kata2 seorang cikgu masa di sekolah dulu,
"buat baik ayuhai kawan,
kedalam laut aku campakkan..
kalau tidak dikenal ikan,
Tuhan tahu iakah bukan..?"
nak ceritanya kat sini, bukanlah kes kena campak ke dalam laut ataupun ikan lupakan kita.. =_='.. tapi, ceritanya kat sini.. IKHLAS~
buat je benda baik tu, tak kisahlah orang nampak atau tak apa yang kita buat.
tak payah kisah pun orang nampak ke tak, orang tahu ke tak..
yang penting HAKIM kita nampak dan DIA MAHA TAHU,
'apa yang kita kerjakan' dan 'siapa yang kita kerjakan'..
#
hidup biar bermanfaat..
biar jatuh menjadi pulau.
Thursday, 18 April 2013
Kalah Cili Padi~
manusia dan nasihat ni umpama irama dan lagu.
perlu diperingatkan, dinasihatkan, ditegur..
kita tak nak, sudah terhantuk baru terngadah.. (T_T)
andai ada kesilapan pada diri seseorang (sama ada kamu sayang atau tidak) tegurlah..
jangan tegur orang yang kita sayang je, kalau macam tu, siapa yang nak nasihatkan orang yang kita tak sayang tu?? hmm..
kadang2 mungkin 'pedas'.. telinga jadi panas. berapi, berasap~
walaubagaimanapun, carilah ruang untuk menerima sesuatu nasihat tu..
sedar atau tak, sebenarnya kadang2 teguran yang 'pedas' tu la yang sebenarnya banyak 'push' diri kita ke arah yang lebih baik..
buat yang menegur, tegurlah dengan akhlak & ikhlas..
buat yang ditegur, terimalah teguran dan galilah manfaatnya..
buat kedua2nya, berlapang dadalah~
#
tegur itu membentuk,
selagi mana tidak disertakan dengan benci.
Monday, 15 April 2013
Tiada Keretaku Bawa Kau Jalan2~
kita selalu dengar orang cakap, BERFIKIR DI LUAR KOTAK..!
maka disini, suka saya perjelaskan bahawa, maksud ungkapan ini adalah kita seharusnya berfikir secara kreatif, inovatif, dan yang seumpama dengannya..
dan,
ayat ini sama sekali tidak membawa maksud,
kalau nak parking kereta tu, kita kena PARKING DI LUAR KOTAK..!! =_='
mohon fahami istilah kotak fikiran dan kotak parking.
hentikan perkara yang menyusahkan orang lain.. usahalah untuk tidak meletakkan kenderaan anda dalam keadaan yang boleh menyusahkan orang lain..
ingatlah orang yang tersayang..
mudahkan urusan orang, moga Allah mudahkan urusan kita..
“Mahukah aku kabarkan kepada kalian tentang orang yang diharamkan dari neraka atau neraka diharamkan atasnya? Iaitu atas setiap orang yang dekat (dengan manusia), lemah lembut, lagi memudahkan.”
(HR. Tirmidzi)
Wallahua'lam..
#
berfikir di luar kotak,
tidak memerlukan kotak.
Saturday, 13 April 2013
Line Clear, Ber'sendiri'an.
tengok kanan tak ada orang.. tengok kiri lengang je.. depan, belakang, atas, bawah, semuanya line clear.. hmm. tiada siapa2 pun.
haa.. light, kamera, action!
datanglah pulak syaitan dengan semangatnya yang berkobar2 sambil bawak speaker besar segala bagai, nak bisik kat telinga kita. maksiat tu best, orang tak nampak.. bla.. bla.. bla.. tak nak ketinggalan, nafsu pun nak join sekaki. habis!
lubb dubb.. lubb dubb.. (macam ni kan bunyi degupan jantung wahai kawan2 biologiku sekalian~) huru hara jiwa kita dibuatnya. +_+"
oh.. di saat diri BERSENDIRIAN.. ingatla yang sebenarnya masa tu syaitan and the gang tengah bertungkus lumus nak goyahkan iman kita. nak sesatkan kita.. maka, usahalah SEHABIS DAYA untuk mohon perlindungan Allah daripada terjebak dengan kemaksiatan..
CEPAT2 ISTIGHFAR..!! Astaghfirullahaladzim..
firman Allah,
إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِالْغَيْبِ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ
ertinya: Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar
- Surah Al-Mulk: 12 -
#
orang tak nampak.. kamera tak ada,
gunakan masa bersendirian untuk beribadat.
Friday, 12 April 2013
Setia Kerana Percaya
dalam sebuah percintaan perlulah ada kesetiaan.. selagi mana percintaan itu berlandaskan batas syarak, ikhlas kerana Allah.. InsyaAllah, Allah akan pelihara..
Allah kan bersifat Ar-Rahim (Maha Penyayang)..
maka, kalau benda yang kita buat tu betul, ikhlas.. orang suka, orang selesa, orang percaya dengan kita.. jadi kita tak perlu suruh orang tu untuk suka kita. kita tak perlu paksa orang untuk setia dengan kita.. sebabnya, setia tu hadir sekali dengan percaya.. tak gitu?
hmm..
oh.. arena politik tanah airku, saling tak tumpah seperti sebuah percintaan..
dipenuhi paksa untuk setia..
cukuplah.
andai kamu benar, sudah pasti orang akan setia..
Islam itu benar, kebenaran pasti tertegak.. InsyaAllah..
#
setia tak boleh dipaksa,
hadirnya ia kerana percaya.
Sunday, 7 April 2013
Kematangan yang Bernilai.
selalu kita dengar yang budak2 ni tak matang lagi. tu yang mereka ni sering kali buat kesilapan. tapi, kita ni dah matang sangat ke?? jeng3..!!
kanak2~
budak2 kalau cerita, mesti nak meletup, habis terangkat meja semua lah.
kalau bagi yang peringkat remaja pulak (macam saya..heh), biasanya golongan macam ni (yang suka cerita meletup ni..), orang panggil sembang kencang.. haha, macam2.
tapi, tak apa. tu cerita budak2.. biasalah tu. tapi kita yang zaman budak2 dah habis ni. sejauh mana matangnya kita ni? matang dalam berfikir, dalam membuat keputusan, dan yang selalu nak buat saya marah ni adalah matang dalam menilai..
(tudia, cakap.. macam la aku ni matang sangat dalam menilai.. cewah~)
diriku sendiri..
hmm.. memang, saya sendiri pun masih belajar untuk memahami tanggungjawab yang sedang dipikul. tapi, masalahnya, kadang2 tu kita boleh nampak sangat ketidakmatangan sesetengah golongan.. kalau sudah terang lagi bersuluh, mengapa perlu digelapkan dan di'basuh'.. hmm.
hati kecilku sangatlah berharap, agar manusia ni semakin matang. ya, saya sedang belajar.. dan terus bergelar pelajar, kerana hakikat penciptaan manusia ini, ilmunya takkan cukup!
konklusinya..
penilaian terhadap kematangan seseorang adalah kematangannya dalam menilai..
Wallahua'lam..
#
matanglah dalam menilai,
di situ kematangan diukur.
Subscribe to:
Posts (Atom)