Sunday, 28 April 2013

Cinta dan Anugerah

cinta Allah itu tiada tolok bandingnya.


Hari itu kami dikurniakan satu anugerah.
bererti bukan kami, tetapi apa yang kami bawa itu adalah yang terbaik.

memanglah terbaik, kerana Islam itu sempurna.
membimbing sesiapa menempuh dunia penuh dusta,
tapi, kami manusia..
maka perlulah usahakan yang jauh lebih baik..
agar apa yang kami bawa ini, kian nyata indahnya..

Alhamdulillah.. cinta itu mengkhabarkan berita gembira.
"Aku dikurniakan anugerah.. dan anugerah itu milik semua. Milik mereka yang turut sama berusaha untuk menyampaikan Islam."

cinta itu teruskan kata2nya..
"Anugerah itu diserahkan bukanlah sebagai tanda noktah. Misi menyampaikan agama yang haq itu akan tetap diteruskan. kejayaan hari ini menunjukkan bahawa, Islam itu mudah untuk dicintai.. asalkan pejuangnya tidak berhenti"

tepuk bahu, bermonolog dalam hati,
"Alhamdulillah, Islam itu kian diterima.. tahniah wahai pejuang agama-Nya, hari ini mungkin kita dah usahakan yang terbaik. Selepas ini, pertingkatkan lagi.. moga Allah redha.. InsyaAllah"

bahkan jika kena pada tempatnya, cinta itu sangat indah..
cintailah Allah melebihi segalanya.
lebih daripada segala2nya.
menjangkaui bumi dan isinya.
SUBHANALLAH..

#
cinta itu kurniaan,
anugerah itu peringatan..

No comments:

Post a Comment