Monday, 15 April 2013
Tiada Keretaku Bawa Kau Jalan2~
kita selalu dengar orang cakap, BERFIKIR DI LUAR KOTAK..!
maka disini, suka saya perjelaskan bahawa, maksud ungkapan ini adalah kita seharusnya berfikir secara kreatif, inovatif, dan yang seumpama dengannya..
dan,
ayat ini sama sekali tidak membawa maksud,
kalau nak parking kereta tu, kita kena PARKING DI LUAR KOTAK..!! =_='
mohon fahami istilah kotak fikiran dan kotak parking.
hentikan perkara yang menyusahkan orang lain.. usahalah untuk tidak meletakkan kenderaan anda dalam keadaan yang boleh menyusahkan orang lain..
ingatlah orang yang tersayang..
mudahkan urusan orang, moga Allah mudahkan urusan kita..
“Mahukah aku kabarkan kepada kalian tentang orang yang diharamkan dari neraka atau neraka diharamkan atasnya? Iaitu atas setiap orang yang dekat (dengan manusia), lemah lembut, lagi memudahkan.”
(HR. Tirmidzi)
Wallahua'lam..
#
berfikir di luar kotak,
tidak memerlukan kotak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment