Saturday, 13 April 2013

Line Clear, Ber'sendiri'an.


tengok kanan tak ada orang.. tengok kiri lengang je.. depan, belakang, atas, bawah, semuanya line clear.. hmm. tiada siapa2 pun.

haa.. light, kamera, action!
datanglah pulak syaitan dengan semangatnya yang berkobar2 sambil bawak speaker besar segala bagai, nak bisik kat telinga kita. maksiat tu best, orang tak nampak.. bla.. bla.. bla.. tak nak ketinggalan, nafsu pun nak join sekaki. habis!

lubb dubb.. lubb dubb.. (macam ni kan bunyi degupan jantung wahai kawan2 biologiku sekalian~) huru hara jiwa kita dibuatnya. +_+"

oh.. di saat diri BERSENDIRIAN.. ingatla yang sebenarnya masa tu syaitan and the gang tengah bertungkus lumus nak goyahkan iman kita. nak sesatkan kita.. maka, usahalah SEHABIS DAYA untuk mohon perlindungan Allah daripada terjebak dengan kemaksiatan..

CEPAT2 ISTIGHFAR..!! Astaghfirullahaladzim..

firman Allah,
إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِالْغَيْبِ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ
ertinya: Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar
- Surah Al-Mulk: 12 -

#
orang tak nampak.. kamera tak ada,
gunakan masa bersendirian untuk beribadat.

No comments:

Post a Comment